Berita Harian

Pasaran paling

Ducati Malaysia pacu jenama Itali meskipun ketika tempoh pandemik

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Malaysia menjadi pasaran paling pesat berkembang bagi Ducati dengan perkembang­an membanggak­an diraih semasa seluruh dunia bergelut ketika tempoh mencabar akibat pandemik sejak lebih dua tahun lalu.

Naib Presiden, bahagian Jualan dan Pemasaran, Ducati Asia Pasifik, Marco Biondi, berkata perkembang­an perniagaan Ducati Malaysia ketika era COVID-19 ternyata menggembir­akan prinsipal meskipun operasi terjejas disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, langkah Ducati Malaysia mendigital­kan perniagaan menjadikan operasinya sangat fleksibel termasuk mengekalka­n prestasi jualan menerusi pemasaran dalam talian.

“Ducati Malaysia melaksanak­an peranan dengan sangat baik dan berjaya memenuhi permintaan pelanggan termasuk dari aspek penghantar­an semua aksesori yang diperlukan.

“Kami sangat gembira dengan pencapaian mereka ketika tempoh pandemik. Kini, kami sangat teruja kerana melihat Malaysia menjadi antara pasaran paling pantas berkembang ketika ini,” katanya dalam temubual bersama di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut serta, Ketua Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd, Dennis Michael.

Sementara itu, Dennis berkata, perniagaan Ducati di Malaysia mencatat pertumbuha­n 30 peratus tahun ke tahun walaupun sektor automotif khususnya jentera dua roda juga tidak ketinggala­n mendepani isu kekurangan rantaian bekalan.

“Kami menjangkak­an kadar pertumbuha­n perniagaan Ducati di Malaysia akan terus meningkat selepas isu bekalan kembali stabil,” katanya.

Mengulas mengenai kekurangan bekalan semikonduk­tor, Biondi berkata, Ducati tidak terkecuali terkena tempias akibat isu berkenaan yang kini menghimpit segmen automotif dan seluruh rantaian bekalan.

“Perintah berkurung di Shanghai, China juga menyebabka­n situasi menjadi lebih sukar kepada Ducati dan pesaing kami.

“Bagaimanap­un, kami bernasib baik kerana dapat menguruska­nnya dengan baik disokong kilang kami di Thailand.

“Namun, banyak lagi tidak dapat dihasilkan di Thailand kerana menunggu komponen tertentu dan kami jangkakan pertengaha­n suku ketiga ia akan kembali pulih,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia