Berita Harian

Buletin TV3 kekal nombor 1

-

Mengukuhka­n kedudukan sebagai stesen televisyen (TV) pilihan ramai, satu lagi kejayaan dicapai TV3, yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-38 penubuhann­ya. Mengikut laporan terkini,

kekal menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia.

TV3 dalam kenyataan menyebut, pencapaian itu berdasarka­n laporan Berita Digital Reuters Institute 2022 dan University of Oxford.

Menurut laporan itu, mengunggul­i media lain dalam kategori TV, radio dan media cetak dengan memperoleh skor penggunaan mingguan sebanyak 53 peratus.

Ini diikuti sebanyak 29 peratus dan (BH) sebanyak 28 peratus.

Mengikut laporan itu, pula meningkat satu anak tangga dan berada pada kedudukan kelapan berbanding tempat kesembilan, tahun lalu.

“Kajian itu juga menunjukka­n berita dalam talian dan media sosial menjadi sumber berita utama di negara ini,” kata kenyataan itu.

Tampil 12 ikon penyiaran

Baru-baru ini, sempena ulang tahun ke-38 dan mengubat rindu peminat, 12 ikon penyiaran TV3 memberi kejutan kepada penonton setia

dengan penampilan istimewa, mulai 1 Jun lalu.

Penyampai berita itu adalah Senator Datuk Ras Adiba Radzi, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim, Datuk Dahlan Maamor dan Zakiah Anas.

Mereka digandingk­an bersama barisan penyampai pelapis seperti Mior

Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhaki­m Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.

Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), Kamaruddin Mape dilaporkan berkata, kemunculan barisan penyampai berita itu sudah tentu mengembali­kan nostalgia dan mengubati rindu penonton yang ingin melihat ikon penyiaran beraksi semula dalam Buletin TV3.

Untuk mendapatka­n berita terkini dan sahih, ada jawapannya.

sentiasa bersama anda setiap hari pada jam 8 malam atau strim secara langsung di www. tonton.com.my.

Ikuti laman media sosial rasmi Facebook (FB), Instagram (IG) dan Twitter di @Tv3malaysi­a untuk informasi terkini.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia