Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

RM540.09J pancing Nkunku Arsenal dimaklumka­n mereka perlu membayar sebanyak £100 juta (RM540.09 juta) jika ingin mendapatka­n bintang kelab Jerman, RB Leipzig, Christophe­r Nkunku pada musim panas ini.

Pemain kebangsaan Perancis itu adalah antara pemain yang menjadi buruan di Eropah ketika ini selepas berjaya menjaringk­an 20 gol dan 13 bantuan gol dalam saingan Bundesliga, musim

2021/2022.

Barcelona diberitahu tawaran terbaru mereka sebanyak £27 juta (RM146.05 juta) ditambah £5 juta (RM27.05 juta) bonus buat Robert Lewandowsk­i tidak cukup buat Bayern Munich.

Gergasi Jerman itu memberitah­u kelab Sepanyol berkenaan hanya £34 juta (RM183.92 juta) dibayar secara penuh boleh memisahkan mereka dengan pemain antarabang­sa Poland itu.

Sevilla tolak tawaran Blues Chelsea diberitahu Sevilla tidak berminat dengan perjanjian pertukaran yang menyaksika­n Jules Kounde tidak akan ke Stamford Bridge. Skuad Blues sudah lama berminat terhadap pemain antarabang­sa Perancis itu yang dinilai berharga £51 juta (RM275.88 juta). Barcelona dilaporkan menawarkan Sevilla pemain seperti Clement Lenglet atau Sergino Dest sebagai pertukaran dengan Kounde, tetapi ia ditolak.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia