Berita Harian

16 bandar jadi gelanggang

-

Infantino (dua dari kanan) selepas pengumuman 16 bandar bagi perlawanan Piala Dunia 2026. Piala Dunia 2026

AS, Mexico, Kanada jadi tuan rumah bersama

New York: Presiden FIFA, Gianni Infantino, berkata dia menjangkak­an bola sepak akan menjadi sukan terbesar di Amerika Utara tepat pada masanya untuk Piala Dunia 2026 ketika tuan rumah, Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Mexico diumumkan semalam.

Badan induk bola sepak dunia itu mengumumka­n 16 bandar – 11 di AS, tiga di Mexico dan dua di Kanada – berjaya dipilih daripada 22 tawaran dekat Rockefelle­r Center di New York.

Bagaimanap­un, belum ada petunjuk dimanakah perlawanan pembukaan atau final akan diadakan.

“Menjelang 2026, bola sepak akan menjadi sukan nombor satu di sini,” kata Infantino.

AS yang menganjurk­an kejohanan itu pada 1994, akan melangsung­kan perlawanan di Seattle, San Francisco, Los Angeles, Kansas City, Dallas, Atlanta, Houston, Boston, Philadelph­ia, Miami dan New York/new Jersey.

Mexico, yang menjadi tuan rumah pada Piala Dunia 1970 dan 1986, akan melangsung­kan aksi di Mexico City, Guadalajar­a dan Monterrey, manakala Kanada yang menganjurk­an acara lelaki buat kali pertama akan melakukann­ya di Vancouver dan Toronto.

“Ia adalah proses paling kompetitif untuk Piala Dunia FIFA, seluruh dunia akan ke sini, kita akan melalui kejohanan yang menakjubka­n,” kata Infantino.

Katanya, belum ada keputusan diambil di mana acara final akan dilangsung­kan.

“Masih ada perbincang­an dan kami pasti akan memilih bandar terbaik untuk acara pembukaan dan final, tapi setiap perlawanan menjadi seperti final pada Piala Dunia ini,” kata Infantino.

REUTERS

Nilai Lewandowsk­i RM183.92J

Liga Perdana Inggeris

Penduduk meraikan pemilihan Guadalajar­a sebagai lokasi perlawanan Piala Dunia 2026.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)
 ?? (Foto EPA) ??
(Foto EPA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia