Berita Harian

Bayangan positif skuad kebangsaan

- Oleh Syafiq Aznan

FAM tunggu cadangan Pan Gon buru pasukan ranking tinggi syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Aksi yang lebih sengit bakal menanti skuad Harimau Malaya selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan akan memburu pasukan di ranking lebih tinggi untuk mengadakan perlawanan persahabat­an.

Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar menjelaska­n skuad kebangsaan kini sudah berada pada tahap yang berbeza selepas layak ke Piala Asia sekali gus ‘menu’ lebih baik perlu dihidangka­n sebagai persiapan ke Piala Asia 2023.

Bagaimanap­un, beliau mengesahka­n pihaknya perlu menunggu cadangan ataupun program daripada pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon (KPG) sebelum boleh menyusun langkah seterusnya.

“Kita sudah layak ke pusingan akhir Piala Asia jadi kita perlu adakan perlawanan yang bertaraf tinggi berbanding sebelum ini. Kita tahu pasukan yang beraksi di Piala Asia ini bukan pasukan calang-calang, ada sudah layak ke Piala Dunia.

“Jadi kita kena lihat perkara ini dan saya rasa Pan Gon pun pasti memikirkan perkara yang sama. Sudah tentu kita akan cuba mendapatka­n pasukan di ranking yang lebih baik.

“Tetapi kita menunggu program daripada Pan Gon dahulu kerana dia yang lebih arif untuk tentukan pasukan mana untuk perlawanan persahabat­an. Kita pun kena semak juga, sama ada pasukan itu sedia untuk bertemu dengan kita.

“Kita ada jendela antarabang­sa pada September nanti jadi ketika itu akan ada perlawanan persahabat­an. Ada lagi sekitar tiga bulan jadi kita akan cuba yang terbaik,” katanya.

Saifuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail mencadangk­an supaya skuad kebangsaan cuba mengadakan perlawanan persahabat­an dengan pasukan dari Eropah sebagai persiapan ke Piala Asia tahun depan.

Jamal menjelaska­n, ia bagi memastikan pemain mendapat keyakinan yang lebih tinggi apabila menentang pasukan besar di peringkat Piala Asia nanti.

Beliau bagaimanap­un berkata, Malaysia juga boleh mencari pasukan besar dari Asia seperti Arab Saudi sekiranya tidak mendapat pasukan Eropah untuk mengadakan aksi persahabat­an.

Aksi pemanas badan Harimau Malaya

Liga Super

Pemain TFC menjalani latihan menjelang aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam ini.

Mohd Saifuddin Abu Bakar

Kuala Terengganu:

 ?? (Foto FB Terengganu FC) ??
(Foto FB Terengganu FC)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia