Berita Harian

Pahang akui tugas berat di Likas

-

Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Christophe Gamel mengakui skuadnya bakal berdepan cabaran getir apabila berdepan Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Jurulatih berasal dari Perancis itu berkata, kelebihan yang dimiliki pasukan tuan rumah itu berdasarka­n prestasi dan kedudukan semasa dalam saingan Liga Super.

“Jika dilihat pada kedudukan dan keputusan perlawanan Sabah, peluang kami untuk membawa pulang mata agak sukar. Sabah diperkuat hampir sebahagian besar bekas pemain kebangsaan yang memiliki banyak pengalaman berbanding pemain Sri Pahang.

“Selain itu, mereka saling mengenali antara satu sama lain, termasuk jurulatih (Datuk Ong Kim Swee). Jurulatih mereka juga mengenali pemainnya dengan begitu baik dan kini berada di tempat kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT),” kata jurulatih berusia 50 tahun itu.

Namun, Gamel tetap meyakini anak buahnya mampu untuk menyerap tekanan pemain tuan rumah untuk memastikan sekurang-kurangnya satu mata dibawa pulang. Katanya, perkara utama yang perlu dilakukan Sri Pahang ialah membentuk displin tinggi sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

“Kerjasama dan persefaham­an akan diberikan perhatian untuk memberikan tekanan kepada lawan dan pada masa sama mampu menyekat kekuatan Sabah. Ini kerana Sabah memiliki barisan pemain yang serba lengkap,” katanya.

Selepas mengharung­i lapan perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip lapan mata.

Pengendali Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menuntut pemainnya memperagak­an permainan terbaik bagi meraih keputusan positif berdepan Kuala Lumpur City FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, malam ini.

Pengendali berusia 44 tahun kelahiran Kelantan itu berkata, beliau tidak mahu episod duka tewas dua aksi awal liga kepada PJ City FC (0-3) dan Johor Darul Ta`zim (JDT) 1-2 pada April lalu berulang.

“Saya menjangkak­an saingan sengit bakal berlaku menentang juara Piala Malaysia itu. Ianya juga perlawanan yang sukar buat kami kerana lawan mempunyai pemain berkualiti di tambah pula pasukan kami berehat panjang daripada aksi perlawanan sebenar.

“Namun, beraksi di tempat sendiri di depan ribuan peminat setia

Seremban: Persiapan Negeri Sembilan FC (NSFC) menjelang pertembung­an dengan Melaka

United FC pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, malam ini, tampak berjalan lancar apabila semua pemain utama boleh diturunkan.

Situasi itu dinyatakan sendiri ketua jurulatih NSFC, K Devan yang lega apabila tonggak pertahanan pasukan itu, Khair Jones, sudah pulih daripada kecederaan sekali gus boleh diturunkan pada perlawanan berkenaan.

“Persiapan kita untuk bertemu Melaka dalam keadaan yang baik dan lancar selepas Khair Jones pulih daripada kecederaan, manakala pemain utama yang lain juga dalam situasi memberangs­angkan.

“Khidmat Khair sememangny­a berada dalam perancanga­n sudah pasti bakal menambah semangat pemain untuk melakar keputusan yang positif. Jadi, permulaan yang baik menjadi sasaran saya pada aksi kelima ini. “Harap impian ini menjadi kenyataan. Kepada pemain pesanan saya, mereka perlu berjuang habis-habisan agar tidak terjerat di tempat sendiri,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, dekat sini, petang semalam. Ketika ditanya mengenai tiga tonggak import iaitu Manuel Ott, Kpah Sherman dan Petrus Shetembi yang baharu kembali bersama pasukan selepas beraksi bersama negara masing-masing, Nafuzi menjelaska­n beliau sedikit risau berhubung kecergasan pemain berkenaan.

Gamel (kiri) berbincang dengan dua pembantuny­a menjelang pertemuan dengan Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam ini.

Nafuzi Zain

saya kerana dia boleh memainkan peranan penting dalam pasukan selain boleh beraksi sebagai pertahanan kiri dan tengah,” katanya.

Pengendali berusia 62 tahun itu juga berharap momentum baik yang dibawa dua pemain pasukan itu yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia iaitu Ahmad Khuzaimi Piee dan Syihan Hazmi Mohamed, dapat menyuntik semangat kepada rakan lain beraksi cemerlang.

Mengulas mengenai kehadiran dua pemain import baharu iaitu Yashir Pinto dan Gustavo Dos Santos, Devan yang membawa skuad Hobin Jang Hobin menjulang kejuaraan Liga Perdana musim lalu, menjelaska­n kehadiran mereka bertujuan menguatkan lagi kekuatan pasukan.

 ?? (Foto FB Sri Pahang FC) ??
(Foto FB Sri Pahang FC)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia