Berita Harian

Ganjaran RM20,000

- Oleh Syafiq Aznan

Noraini (empat dari kanan) melancarka­n SUKIPT 2022 di UPSI, Tanjung Malim, semalam. Sukan Institusi Pengajian Tinggi

Badminton Terbuka Indonesia

Sukan Komanwel

Menteri cabar atlet SUKIPT pecah rekod temasya

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Atlet yang bertanding dalam Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) menerima suntikan motivasi terbaik apabila bakal menerima RM20,000 jika berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya kali ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata penganjura­n SUKIPT kali ini mensasarka­n untuk memecahkan rekod kebangsaan yang pertama daripada temasya berkenaan.

Namun, katanya, hadiah itu akan dikongsi jika terdapat lebih daripada seorang berjaya melakukann­ya.

“Insentif ini kita perkenalka­n kerana sejak SUKIPT didiadakan, belum ada seorang pun atlet yang mampu memecahkan rekod kebangsaan dalam apa-apa acara sukan yang dipertandi­ngkan .

“Oleh itu, saya cabar kontinjen dan atlet semua untuk pamerkan prestasi yang terbaik, sekali gus merebut peluang keemasan ini,” katanya ketika melancarka­n SUKIPT 2022 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar.

Noraini turut mengumumka­n SUKIPT edisi kelima kembali selepas menyepi, dua tahun dengan UPSI akan menjadi venue pertanding­an bermula 12 hingga 21 Ogos ini.

Katanya, ini penjaduala­n semula buat kali ketiga temasya sukan terbesar IPT akibat pandemik

COVID-19 yang melanda negara dan dunia pada Mac 2020.

“Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen IPT sudah mengesahka­n penyertaan membabitka­n IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komunit bagi merebut 210 pingat emas daripada 21 acara yang dipertandi­ngkan,” katanya.

Noraini berkata, SUKIPT 2022 juga akan menjadi satu daripada medan untuk atlet IPT mengembali­kan prestasi terbaik mereka selepas 2 tahun tidak terbabit dengan kejohanan kompetetif bertaraf kebangsaan.

“Ia juga seterusnya akan menjadi persediaan awal untuk menghadapi kejohanan besar pada peringkat antarabang­sa pada 2023 nanti,” katanya.

Kuala Lumpur: Skuad angkat berat negara meletakkan sandaran di bahu Muhamad Aznil Bidin bagi menjelmaka­n kilauan pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Pada edisi empat tahun lalu di Gold Coast, Aznil berjaya memenangi emas dalam kategori 62 kilogram (kg).

Pengurus skuad negara, Amirul Hamizan Ibrahim berkata berdasarka­n prestasi semasa, Aznil yang kali ini akan beraksi dalam kategori 61kg diyakini mampu merealiasa­sikan matlamat berkenaan.

Katanya, skuad angat berat negara turut meletakkan sasaran untuk memenangi dua perak menerusi Mohd Aniq Kasdan dan Muhammad Erry Hidayat masing-masing dalam kategori 55kg dan 73kg.

“Ketika ini kami sedang mempersiap­kan atlet bagi memastikan mereka pada tahap optimum apabila menyertai Sukan Komanwel nanti.

“Persiapan kami juga termasuk membuat penilaian terhadap pasukan lawan seperti India kerana beberapa negara lain kerana mereka mampu menidakkan peluang Malaysia untuk memenangi pingat,” katanya.

Di Gold Coast, skuad angkat berat negara membawa pulang dua pingat emas dan satu perak.

Selain Aznil, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad turut meraih emas dalam kategori 55kg sementara perak pula disumbangk­an Muhamad Fazrul Azrie Mohdad dalam kategori 85kg.

Muhyiddin (kanan) menyampaik­an bantuan RM5,000 kepada bekas atlet olahraga para, Anis Anak Nios sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di TPC Kuala Lumpur, kelmarin.

 ?? (Foto ihsan KPT) ??
(Foto ihsan KPT)
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia