Berita Harian

Beregu campuran terkandas

-

Kuala Lumpur: Perjuangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-toh Ee Wei dalam saingan Terbuka Indonesia berakhir selepas tersingkir pada peringkat suku akhir, di Jakarta, semalam.

Pasangan yang baru digandingk­an hujung bulan lalu itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor enam dunia dari Korea Selatan, Seo Seung Jae-chae Yu Jung 16-21, 17-21 dalam aksi yang berlangsun­g di Stadium Istora Senayan.

“Dari aspek fizikal dan mental tiada masalah kerana mereka berada pada tahap terbaik dalam perlawanan itu,” kata Pengarah Kejurulati­han Beregu Persatuan

Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky.

“Cuma, mereka terlalu mudah memberikan mata kepada pihak lawan, terutama ketika mata penting. Apabila mereka dapat mata, selepas itu mereka melakukan kesilapan mudah yang memberikan mata kepada lawan,” kata Rexy.

Kekalahan menyaksika­n Pang Ron-ee Wei akan mengalihka­n fokus mereka selepas ini bagi melakukan persiapan menghadapi saingan Terbuka Malaysia yang akan berlangsun­g bermula 28 Jun hingga 3 Julai ini.

Bagaimanap­un, pasangan itu berdepan laluan berliku untuk mara ke kelompok 16 terbaik apabila diundi bertemu pasangan China, Zheng Siwei-huang Ya Qiong pada aksi pusingan pertama kejohanan yang akan berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil.

Dalam pada itu, Rexy bekata, pemain beregu wanita negara, M Thinaah perlu memiliki ‘pukulan membunuh’ untuk terus bersaing dengan kelompok utama dunia.

“Thinaah-pearly perlu menguatkan lagi tahap fizikal mereka selain memperbaik­i pergerakan di dalam gelanggang agar menjadi lebih sempurna. Thinaah juga perlu mencipta ‘pukulan membunuh’ (kill shots) bagi mengutip mata,” katanya.

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG) menyampaik­an sumbangan berjumlah RM35,000 kepada tujuh bekas atlet negara yang berjasa kepada arena sukan tanah air.

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahka­n sumbangan itu pada hari terakhir Kejohanan Cabaran Cabaran Golf TSM ke-12 di TPC Kuala Lumpur di sini, semalam.

Menerusi sumbangan itu, semua bekas atlet berkenaan masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM5,000.

Empat daripada tujuh bekas atlet yang tersenarai hadir bagi menerima sumbangan iaitu, bekas atlet olahraga para, Anis

Anak Nios, 59; Chan Mai Lan, 59 (catur para); Aidil Haris, 37, (golf) dan V Subraniam, 73, (olahraga) manakala Zulkifli Yatim (olahraga) diwakili oleh isterinya.

Sumbangan kepada dua lagi bekas atlet iaitu Abdul Mutalib Mydin (berbasikal) dan Ahmad Amil Husin (boling para) diwakili oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Lee Nyuk Fah.

Sementara itu, pemain berpangkal­an di Amerika Syarikat, Adam Ariff Madzri merangkul gelaran pertama Kejohanan Cabaran Golf TSM menerusi kelebihan satu pukulan ke atas Marcus Lim dalam kategori lelaki bawah 21 tahun. Poon Jia Hao ketiga dengan satu atas 217.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia