Berita Harian

SPRM siasat kelulusan bayaran projek kompleks beli-belah siap 70 peratus

KWP turut perkenal program rumah untuk disewa sebagai transit bantu golongan B40

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat projek pembinaan sebuah kompleks beli-belah mega di Kuala Terengganu yang dibangunka­n dengan kos lebih RM300 juta dengan suntikan pelaburan dari sebuah agensi berkaitan kerajaan.

Tumpuan siasatan antara lain berkaitan tuntutan bayaran yang dipercayai sudah diluluskan walaupun projek berkenaan yang dikatakan menerima suntikan pelaburan sehingga RM324 juta, hanya siap kira-kira 70 peratus.

Kuala Lumpur: Sejumlah 67,944 unit kediaman di bawah 104 projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di Wilayah Persekutua­n sudah mendapat kelulusan pembinaan setakat Mei lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu 97 projek diluluskan di Kuala Lumpur, diikuti tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan.

“Kementeria­n Wilayah Persekutua­n (KWP) turut memperkena­lkan program baharu, iaitu rumah untuk disewa sebagai transit dikenali ‘Council Home’ atau Rumah Bandaraya.

“Ini bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah B40 menyewa mengikut kemampuan sebelum mampu membeli rumah sendiri,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci kepada 200 pemilik unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Skyawani 3, di sini semalam.

Yang turut hadir Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Shahidan Kasim serta timbalanny­a, Datuk Jalaluddin Alias.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, KWP turut menyasarka­n pembinaan 5,000 unit kediaman itu dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.

“Sehingga April tahun ini, sebanyak 10 tapak sudah dikenal pasti untuk pembinaann­ya di Wilayah Persekutua­n dan projek yang siap sepenuhnya adalah di Sungai Udang di Segambut yang membabitka­n jumlah 1,251 unit,” katanya.

Menyentuh unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Skyawani

3, beliau berkata, projek dilaksanak­an dengan kerjasama strategik antara KWP, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Syarikat Skyworld Developmen­t Group (Skyworld) ini menawarkan 1,905 unit kediaman pada harga RM300,000 seunit.

Katanya, setiap unit berkeluasa­n 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta berbumbung.

“Kediaman mampu milik ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gimnasium, jakuzi, gelanggang bola keranjang dan dewan serba guna.

“Saya difahamkan, pemaju turut menyediaka­n kawasan permainan kanak-kanak yang hanya boleh didapati dalam projek kediaman mewah yang harganya melebihi RM500,000 seunit.

“Ini satu nilai tambah yang dilakukan pemaju bagi penduduk yang mendiami kediaman mampu milik ini untuk kesejahter­aan Keluarga Malaysia,” katanya.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Residensi Skyawani 3 turut mempunyai jambatan ‘Skybridge’ yang diiktiraf Malaysia Book of Records sebagai Skybridge Kediaman Tertinggi di Malaysia iaitu 170.55 meter.

“Semua unit Residensi Skyawani milik Skyworld menerima pengesahan kualiti standard QLASSIC dari Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kategori rumah mampu milik di Malaysia.

“Ini bermakna, kualiti kemahiran kerja pembinaann­ya mencapai piawaian ditetapkan oleh CIDB melalui prinsip pemeriksaa­n kali pertama selaras objektif Do Things Right the First Time and Every Time (Lakukan Perkara Betul Kali Pertama dan Setiap Kali),” katanya memaklumka­n Residensi Skyawani satu hingga lima memiliki unit kediaman berjumlah 6,236 yang sudah terjual sehingga tahun ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan sentiasa memastikan kediaman ditawarkan kepada Keluarga Malaysia memenuhi keperluan semasa serta persekitar­an yang selesa, kondusif, mesra keluarga serta praktikal, selain mampu dimiliki sejajar wawasan Satu Keluarga Satu Rumah.

“Justeru, kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) serta Majlis Perumahan Mampu Milik Negara sudah menggarisk­an langkah segera dan jangka panjang untuk merealisas­ikan hasrat itu,” katanya.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin /BH) ?? Ismail Sabri bersama penerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci kepada 200 pemilik unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Skyawani 3 di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin /BH) Ismail Sabri bersama penerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci kepada 200 pemilik unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Skyawani 3 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia