Berita Harian

Siasat dakwaan tuntutan palsu

-

3

Sumber memberitah­u BH, projek berkenaan dipantau suruhanjay­a itu selepas ia didapati masih belum disiapkan biarpun bayaran pembinaan sudah diluluskan.

Difahamkan, kompleks beli-belah berkenaan yang dibangunka­n dalam fasa satu projek pembanguna­n terbabit, bakal berfungsi sebagai ruang pameran dan jualan pelbagai produk keluaran tempatan serta antabangsa.

Walaupun belum disiapkan sepenuhnya, pihak yang terbabit dalam projek kompleks itu didakwa sudah menerima sejumlah bayaran yang besar selepas mendakwa kerja pembinaan hanya tinggal tiga peratus untuk disiapkan.

“Bagaimanap­un siasatan dan pemantauan SPRM hasil maklumat awam mendapati kompleks itu masih jauh ketinggala­n untuk disiapkan berbanding tempoh ia dijadualka­n siap dan kemungkina­n wujud tuntutan palsu dalam kes berkenaan.

“Dalam tuntutan itu, mereka mendakwa projek terbabit sudah siap sehingga 97 peratus, bermakna hanya tinggal beberapa perkara kecil sebelum ia selesai sepenuhnya.

“Bagaimanap­un, apabila SPRM dapat laporan dan siasat, projek itu didapati hanya siap sekitar 70 peratus, namun tuntutan pembayaran dipercayai sudah diluluskan,” kata sumber berkenaan.

Katanya lagi, pembinaan kompleks beli-belah itu hanya membabitka­n fasa satu projek pembanguna­n berkenaan.

Kelmarin, SPRM menahan empat individu berusia 28 hingga 48 tahun, termasuk seorang pengurus syarikat hartanah kerana disyaki bersubahat membuat tuntutan palsu bagi projek pembanguna­n di Pantai Timur bernilai lebih RM300 juta.

Tiga daripada empat yang ditahan adalah pengurus projek, pengarah urusan dan arkitek daripada syarikat kontraktor dan juruperund­ing yang ditahan di pejabat SPRM Terengganu, manakala seorang lagi ditahan di ibu negara.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddi­n Hashim mengesahka­n penahanan semua individu terbabit yang dibenar direman enam hari sehingga Rabu depan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia