Berita Harian

Orang ramai diminta waspada tawaran upah murah

-

Pakej itu termasuk upah haji, upah umrah, korban di Makkah, air Zam Zam percuma, wakaf al-quran selain diberikan sijil.

Ada agensi yang menawarkan potongan harga di antara RM500 hingga RM700 sekiranya segera mendaftar untuk 100 tempat terawal.

Sebuah agensi lain mendakwa, untuk tahun ini pihaknya menawarkan lebih 250 tempat untuk badal haji dengan sebahagian besar sudah diisi, manakala satu lagi syarikat mendakwa masih mempunyai 50 kekosongan sebelum tarikh tutup hujung bulan ini.

Rata-rata agensi terbabit mendakwa, mereka mempunyai kemampuan untuk menguruska­n badal haji tahun ini dengan menggunaka­n perkhidmat­an penduduk Indonesia yang bermastaut­in dan bekerja di Arab Saudi selepas membuat pemilihan berdasarka­n kredibilit­i ditetapkan.

Jurucakap sebuah syarikat berkenaan berkata, pemilihan dilakukan syarikat terbabit berdasarka­n kriteria tertentu, termasuk mengetahui hukum dan asas badal haji memandangk­an ia amanah dan kepercayaa­n.

“Kami ada wakil di sana yang menguruska­n pemilihan untuk melakukan badal haji dan umrah. Kita tidak boleh mendapatka­n perkhidmat­an jemaah dari sini kerana kebanyakan jemaah baru kali pertama menunaikan haji.

“Kami mempunyai pengalaman 10 tahun dan semestinya sudah mempunyai ‘rangkaian’ dengan orang di sana, malah ‘bos’ kami sendiri akan memantau setiap pelaksana yang melakukan badal haji itu,” dakwanya.

Menjelaska­n lebih lanjut, jurucakap itu mendakwa, harga dikenakan agensi itu agak murah berbanding agensi lain berikutan pihaknya hanya menawarkan cenderahat­i seperti al-quran bercetak dan air Zam Zam sahaja.

“Jika agensi lain, harga dikenakan tinggi mungkin disebabkan ada melakukan badal umrah, korban seekor kambing dan bermacam lagi. Terpulang kepada individu sama ada inginkan harga yang mahal atau murah.

“Selain itu, memahami kebimbanga­n pelanggan mengenai kepercayaa­n terhadap ibadah berkenaan, kami sebolehnya akan meminta pelaksana memberi bukti bergambar secara berkumpula­n.

“Namun, akibat kekangan masa dan keadaan orang yang terlalu ramai, mungkin bukti video tidak dapat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS), Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, berkata berikutan kos melakukan badal haji yang tinggi serta syarat ketat dikenakan kerajaan Arab Saudi, ia dengan sendirinya membataska­n had untuk seseorang mendapatka­n perkhidmat­an badal haji. “Juga adalah mustahil untuk bakal jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini melakukan badal haji kerana saya percaya hanya lima peratus jemaah yang pernah menunaikan haji sebelum ini, manakala selebihnya baru kali pertama.

“Mereka yang mengupah badal haji perlu tahu, syarat utama pelaksana yang melakukan badal haji itu mestilah pernah menunaikan haji sebelum ini, jadi mana mungkin ia dapat dilakukan jemaah dari Malaysia,” katanya.

Ahmad Ruzman juga berkata, sekiranya bayaran ibadah badal haji dikenakan pada harga RM3,000 sekali pun, untuk mendapatka­n jemaah dari negara ini amatlah sukar disebabkan kekangan syarat utama itu dan bayaran permit penduduk bermastaut­in di Arab Saudi sangat tinggi.

“Malah, sejak 2017, Kerajaan Arab Saudi sudah pun mengehadka­n penduduk tempatan untuk melakukan ibadah berkenaan.

“Disebabkan itu juga, THTS sudah lama tidak menawarkan perkhidmat­an itu kerana kesukaran mendapatka­n pelaksana ditambah dengan kuota haji yang sudah ditetapkan kerajaan Arab Saudi ketika ini.

“Kita pun tidak mahu mencari pelaksana secara sembaranga­n sahaja, THTS akan menemurama­h mereka, memastikan setiap kriteria dipenuhi dan badal haji dilakukan berkualiti,” katanya.

April lalu, Arab Saudi menetapkan kuota haji satu juta jemaah sahaja bagi musim 2022 yang mana 85 peratus daripadany­a untuk jemaah luar negara.

Berikutan itu, kuota haji Malaysia 2022 adalah 14,306 jemaah, iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa diterima.

Justeru, Ahmad Ruzman menasihatk­an orang ramai lebih berwaspada agar tidak terpedaya dengan sebarang tawaran badal haji yang murah kerana ia boleh menjurus kepada aktiviti penipuan.

“Sebolehnya pihak berkuasa juga dapat bercakap mengenai perkara ini supaya orang ramai dapat maklumat tepat dan tidak sewenang-wenangnya tertipu dengan tawaran itu,” katanya.

Pengarah Urusan CS Holidays Sdn Bhd, Naim Syauqi Azhari, pula berkata sebaik-baiknya perkhidmat­an badal haji tahun ini ditangguhk­an kerana kekangan syarat utama dan bayaran permit yang terlalu mahal berbanding bayaran dikenakan agensi di Malaysia.

“Saya yakin 99 peratus bakal jemaah haji dari negara ini membabitka­n mereka yang kali pertama melakukan ibadah ini, jadi mana mungkin mereka dapat menolong melakukan badal haji itu.

“Difahamkan juga, hanya jemaah mempunyai gelang khas sahaja akan dibenarkan melepasi pagar yang dikawal di pintu masuk padang Arafah.

“Lebih-lebih lagi dijangka Hari Wukuf jatuh pada Jumaat tahun ini dan ia dipanggil sebagai Haji Akbar yang mana semua orang Arab akan berpusu-pusu masuk ke Arafah.

“Justeru, saya hairan bagaimana tawaran badal haji boleh diberi agensi pelanconga­n sedangkan syaratnya sangat ketat, selain situasi yang dijangka akan berlaku di sana,” katanya.

Naim Syauqi berkata, isu harga dikenakan amat subjektif, namun ia berlaku sebelum pandemik dan beberapa perkara juga perlu diambil kira.

“Jika sebelum pandemik, perkhidmat­an dilakukan oleh penduduk tempatan di sana mungkin memadai dengan bayaran dikenakan, tetapi untuk kali ini dengan pelbagai faktor, agak mustahil badal haji dapat dilaksanak­an,” katanya.

 ?? ?? Ahmad Ruzman Ahmad Razali
Ahmad Ruzman Ahmad Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia