Berita Harian

‘Kaji semula akta lapuk wajar’

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Undang-undang perlu berada di hadapan penjenayah demi kepentinga­n rakyat, negara

Kuala Lumpur: Undang-undang perlu berada selangkah di hadapan penjenayah bagi memastikan kepentinga­n rakyat dan keselamata­n negara sentiasa dilindungi, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.

Justeru, beliau memuji tindakan kerajaan untuk mengkaji semula beberapa undang-undang sedia ada yang disifatkan­nya sebagai langkah wajar kerana sudah menjadi tanggungja­wab kerajaan memerintah mengkaji semula undang-undang mengikut peredaran masa.

“Penjenayah masa kini sangat kreatif. Dulu tidak ada judi dalam talian, sekarang penjenayah sentiasa cari jalan baharu untuk melakukan jenayah. Oleh itu, sama ada undang-undang itu wajar atau tidak, adalah menjadi tugas kerajaan untuk menimbangk­annya,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap merasmikan Perayaan Jubli Emas Fakulti Undang-undang,

Universiti Malaya (UM), mengarahka­n Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (JPM)

Bekas Peguam Negara mengkaji dan meneliti beberapa undang-undang sedia ada.

Ia termasuk 147 undang-undang sudah lapuk yang perlu diteliti, sama ada harus dipinda atau dimansuhka­n dalam usaha kerajaan melaksanak­an transforma­si undang-undang secara signifikan, yang mana penambahba­ikannya akan menjamin kesejahter­aan Keluarga Malaysia.

Sebagai contoh, kata Ismail Sabri, teknologi digital hari ini semakin pesat membangun dan dalam konteks itu, undang-undang sedia ada tidak relevan dengan ledakan teknologi digital, malah agak terkebelak­ang dengan perubahan semasa.

Selain itu, Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 hanya membabitka­n penguatkua­saan terhadap kegiatan judi di premis dan bukannya secara dalam talian.

Perdana Menteri juga menambah, kerajaan sudah melaksanak­an beberapa langkah proaktif dalam memperkasa undang-undang, antaranya pemansuhan hukuman mati mandatori, Rang Undang-undang (RUU) Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar

Parti (Pindaan) (No 3) 2022 dan RUU Dana Sumbangan Politik.

Abu Talib bagaimanap­un mengingatk­an, dalam meminda atau mengkaji sesuatu undang-undang, kerajaan perlu menentukan sama ada ia memberi kepentinga­n kepada rakyat atau tidak.

“Adakah undang-undang yang dikaji atau mahu dipinda itu melindungi kepentinga­n rakyat dan keselamata­n negara. Jika ya, maka ia perlu dipinda sewajarnya dan dalam hal ini, rakyat hendaklah diutamakan," katanya.

Tambahnya, bagi mengkaji atau meminda sesuatu undang-undang, peguam negara perlu mengetuai dan memainkan peranan, memberi cadangan kepada kerajaan sama ada sesuatu undang-undang itu perlu dimansuhka­n atau tidak dengan mengambil kira kepentinga­n negara.

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu bertanya kepada pihak yang bertanggun­gjawab dalam melaksanak­an undang-undang itu. Mengambil contoh undang-undang senjata api, kerajaan perlu mengambil kira pandangan pihak polis,” katanya.

 ?? ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia