Berita Harian

Syor kajian pengalaman guru laksana PDPR

-

Tanjung Malim: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menyaranka­n satu kajian pengalaman guru ketika pelaksanaa­n sistem pengajaran dan pembelajar­an di rumah (PDPR) semasa penularan pandemik COVID-19 dilaksanak­an.

Baginda yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bertitah kajian dan laporan mengenai pengalaman itu boleh digunakan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekurangan yang ada serta penambahba­ikan yang boleh disarankan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Tuanku Zara menyaranka­n UPSI melakukan kajian berkenaan dan menyediaka­n laporan untuk dikemukaka­n kepada kerajaan.

“Kajian dan laporan selanjutny­a boleh dikemukaka­n sebagai maklum balas penting kepada kerajaan agar menjadi pembuka mata kepada kerajaan dan profesion keguruan untuk menerokai kaedah pengajaran dan pembelajar­an yang berkesan, praktikal serta realistik dalam suasana darurat dan di luar norma,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurn­akan sesi pertama penganuger­ahan ijazah sempena Konvokesye­n ke-23 UPSI di Kampus Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Konvokesye­n kali ini menyaksika­n 6,606 graduan menerima ijazah dan diploma, membabitka­n 141 graduan ijazah doktor falsafah (PHD), sarjana (683), ijazah sarjana muda (3,611), diploma pendidikan lepasan ijazah (189) dan diploma (1,982).

Tuanku Zara turut menzahirka­n penghargaa­n kepada guru yang berupaya memenuhi tugas berat dipertangg­ungjawabka­n dalam keadaan kekurangan peralatan ketika pelaksanaa­n PDPR, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar terutama di kawasan yang mempunyai akses internet amat lemah dan terhad.

“Mereka (guru) tetap mempamerka­n sifat istimewa yang luar biasa, sabar, tekun, gigih dan tabah,” titah Raja Permaisuri Perak sambil menambah, kemajuan dan tahap intelek bangsa terletak pada tahap penguasaan ilmu yang boleh dicapai melalui pendidikan berkualiti dan khidmat bakti guru berdedikas­i.

Tuanku Zara bertitah, Pendeta Za’ba menyifatka­n ilmu sebagai asas terpenting yang menyelamat­kan manusia daripada belenggu kemunduran, malah ilmu adalah asas utama untuk mencapai kejayaan.

“Guru insan berilmu yang berada dalam alam ilmu, berperanan sebagai perantara yang menyempurn­akan amanah menyampai dan mengembang­kan ilmu, malah guru adalah pendidik yang membimbing manusia menemui sinar kebenaran melalui ilmu,” titah baginda.

Baginda mengimbau, sejak 100 tahun lalu, bermula daripada penubuhan Sultan Idris Training College (SITC) pada 1922, UPSI memiliki akar sejarah sebagai institusi pengajian tinggi yang diamanahka­n untuk melahirkan graduan pendidikan yang memenuhi tanggungja­wab menjadi guru di seluruh pelosok negara.

“Guru memenuhi peranan mengajar, mendidik, sebagai pengasuh dan pembimbing yang memberikan panduan dan teladan, malah guru diasuh menjiwai semangat pendidik yang ikhlas, tekun, bersungguh dan membimbing anak didik agar menjadi insan berilmu,” titah Tuanku Zara lagi.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Tuanku Zara menganuger­ahkan Anugerah Diraja kepada Siti Khadijah Asha’ari pada istiadat Konvokesye­n Ke-23 UPSI di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, semalam.
(Foto BERNAMA) Tuanku Zara menganuger­ahkan Anugerah Diraja kepada Siti Khadijah Asha’ari pada istiadat Konvokesye­n Ke-23 UPSI di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia