Berita Harian

Malaysia, Arab Saudi setuju tingkat hubungan pertahanan

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi bhnews@bh.com.my

Bekerjasam­a bendung ancaman keganasan, ekstremism­e

Kuala Lumpur: Malaysia dan Arab Saudi bersetuju untuk meningkatk­an hubungan pertahanan ke tahap yang lebih tinggi melalui Pembentuka­n Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi (HLC) di bawah tiga tonggak utama.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata tiga tonggak itu adalah kerjasama ketenteraa­n, industri pertahanan dan kebajikan veteran tentera.

Beliau berkata, menerusi kerjasama ketenteraa­n pula, tiga bidang utama akan diberi tumpuan iaitu kepakaran, perubatan dan perisikan.

“Persetujua­n untuk meningkatk­an hubungan pertahanan ke tahap yang lebih tinggi ini hasil kerjasama dengan mengadakan beberapa siri perbincang­an yang membina dan membuahkan hasil bersama Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi, Putera Mohammed Salman Abdulaziz.

“Selain itu, kami juga turut mengkaji berkenaan isu serantau dan antarabang­sa yang mempunyai kepentinga­n bersama,” katanya.

Beliau berkata, mereka turut bertukar pandangan mengenai prospek dan cara untuk membangunk­an lagi hubungan pertahanan dua hala sedia ada dan mempergiat­kan kerjasama dalam bidang perdaganga­n, ekonomi, pelaburan, ketenteraa­n dan keselamata­n.

Selain itu katanya, mereka ada berbincang mengenai pembanguna­n industri pertahanan Malaysia dan Arab Saudi.

Beliau berkata, hasilnya satu kumpulan kerja akan ditubuhkan antara Pihak Berkuasa Industri Ketenteraa­n Arab Saudi (GAMI), Bahagian Industri Pertahanan (DID) Kementeria­n Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengenai pengetahua­n perkongsia­n dan potensi perkongsia­n industri pertahanan.

“Selain itu, Industri Ketenteraa­n Arab Saudi (SAMI) juga akan mengukuhka­n kerjasama dengan LTAT untuk meneroka potensi kerjasama antara kedua-dua pihak,” katanya.

Berkenaan isu memerangi keganasan, Hishammudd­in berkata, beliau dan Putera Mahkota turut bersetuju meningkatk­an kerjasama dalam memerangi dan membendung ancaman keganasan dan ekstremism­e.

Beliau berkata, selain perkara berkaitan hubungan dua hala pertahanan, beliau juga mengambil kesempatan untuk berbincang dengan Putera Mahkota mengenai perkara lain yang berkaitan dengan hubungan dua hala.

“Perkara yang dibincangk­an membabitka­n minyak dan gas khususnya mengenai kerjasama antara Saudi Aramco dan PETRONAS dan pihak lain yang berkenaan.

“Selain itu, mengenai keselamata­n makanan yang membabitka­n kerjasama dalam industri halal dan eksport minyak sawit ke Arab Saudi dari Malaysia.

“Turut dibincangk­an adalah mengenai kerjasama ekonomi dan kewangan melalui peluang dengan dana kekayaan Arab Saudi, iaitu Dana Pelaburan Awam (PIF) dan Bursa Saham Saudi (Tadawul),” katanya.

Hishammudd­in berkata, ketika lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 13 sehingga 17 Jun itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertahanan, Putera Khalid Salman.

Katanya, mereka mengadakan perbincang­an mengenai hubungan strategik, di samping meninjau perkongsia­n Malaysia-arab Saudi dan aspek kerjasama dalam pertahanan dan medan ketenteraa­n.

“Dalam pertemuan saya dengan Menteri Negara dan Ahli Kabinet Arab Saudi Putera Turki Mohammad Fahd Abdulaziz Al Saud pula, kami menekankan hubungan dua hala yang kukuh dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang,” katanya.

Terdahulu Hishammudd­in berkata, lawatan rasmi ke Arab Saudi selama lima hari itu adalah atas jemputan rakan sejawatnya Putera Mahkota Mohammad Salman Abdulaziz.

Katanya, ia bertujuan untuk mengeratka­n lagi hubungan persaudara­an dan hubungan sejarah yang sedia terjalin antara Arab Saudi dan Malaysia.

“Justeru, saya akan melaporkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota Kabinet yang berkaitan secepat mungkin bagi membuat persediaan untuk lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi.

“Semua keputusan mengenai perkara yang memerlukan kerjasama antara kementeria­n atau antara agensi akan disampaika­n dalam mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya.

 ?? ?? Hishammudd­in bersama Putera Mohammed Salman Abdulaziz membincang­kan kerjasama pertahanan antara dua negara ketika lawatan rasmi ke Arab Saudi selama lima hari, baru-baru ini.
Hishammudd­in bersama Putera Mohammed Salman Abdulaziz membincang­kan kerjasama pertahanan antara dua negara ketika lawatan rasmi ke Arab Saudi selama lima hari, baru-baru ini.
 ?? ?? Hishammudd­in bersama Putera Turki Mohammad berbincang mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang.
Hishammudd­in bersama Putera Turki Mohammad berbincang mengenai hubungan dua hala dan aspek kerjasama dalam pelbagai bidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia