Berita Harian

Segera wujud akta kawal sumbangan dana politik

-

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes perbicaraa­n kes rasuah berprofil tinggi mendedahka­n secara langsung atau tidak langsung ramai pemimpin politik, termasuk di pihak kerajaan menerima dana politik daripada syarikat.

Pendedahan itu membuktika­n orang atau parti politik tidak dapat lari daripada menerima dana politik, sama ada digunakan untuk keperluan parti atau peribadi.

Berdasarka­n pendedahan itu, ia sepatutnya membuka mata kerajaan supaya mengambil langkah drastik untuk mempercepa­tkan pembentang­an Rang Undang-undang (RUU) Sumbangan Politik di Parlimen supaya peraturan rasmi dapat diwujudkan sebagai garis panduan dalam menyalurka­n sumbangan atau dana untuk aktiviti politik.

Belalang percaya, akibat tiada terma jelas mengenai sumbangan dana pembiayaan politik sebelum ini menyebabka­n ramai pemimpin politik kini berhadapan tuduhan di mahkamah dan dikaitkan dengan rasuah.

Sekiranya akta ini diwujudkan, Belalang percaya ia mampu mewujudkan ketelusan dalam aspek penyaluran dana dan pada masa sama memberi keadilan kepada pemimpin atau parti politik supaya apa juga sumbangan diberi atau diterima tidak dianggap sebagai rasuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia