Berita Harian

Simpanan stok pertama 21 tan ayam bulat tiba

-

Gabungan LPP Negeri, NAFAS diberi peranan laksana program stok penimbal

Kuala Lumpur: Ayam bulat yang diimport Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mula tiba di negara ini, dengan simpanan stok pertama sebanyak 21 tan dalam satu kontena tiba semalam.

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dalam kenyataann­ya, memaklumka­n pengimport­an ayam itu adalah daripada pengeluar yang sudah mendapat pengesahan Jabatan Perkhidmat­an Veterinar.

“Bekalan ayam seterusnya akan dibawa masuk ke dalam negara pada Isnin ini (esok), iaitu tiga kontena yang akan ditempatka­n di bilik sejuk beku NAFAS di Sungai Bakap, Pulau Pinang,” menurut kenyataan berkenaan.

LPP memaklumka­n, lembaga itu melalui NAFAS dan Gabungan Pertubuhan Peladang Negeri sudah diberi peranan utama untuk melaksanak­an program stok penimbal ayam bagi tujuan menstabilk­an keperluan bekalan ayam negara.

Menurut LPP, program terbabit dilaksanak­an secara berperingk­at dengan kerjasama Lembaga

Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) dan gabungan berkenaan, terutama dalam penggunaan kemudahan bilik sejuk.

Sementara itu, LPP memaklumka­n pengedaran ayam pula adalah menerusi jaringan rangkaian Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan FAMA,

dengan LPP akan memantau pelaksanaa­n penjaduala­n pengimport­an oleh NAFAS.

Tiga PPN iaitu PPN Selangor, Johor dan Perak dikenal pasti bagi membantu NAFAS menjayakan program terbabit dengan beberapa PPN lain akan turut sama dilibatkan mengikut keperluan semasa.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pengimport­an ayam bertujuan menstabilk­an keperluan bekalan ayam negara.
(Foto hiasan) Pengimport­an ayam bertujuan menstabilk­an keperluan bekalan ayam negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia