Berita Harian

Kes HFMD meningkat 42.3 kali ganda di Perak

-

Ipoh: Peningkata­n kes jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) menyebabka­n 201 taska dan tadika di negeri ini ditutup sehingga minggu epidemiolo­gi ke-23, iaitu sehingga 11 Jun lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin, berkata penutupan itu sama ada dibuat secara sukarela atau berpanduka­n Akta Pencegahan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sejak kes wabak HFMD berlaku di negeri ini.

“Bilangan penutupan tadika yang tertinggi ialah di Manjung dengan 67 premis, diikuti Kinta dengan 54 tadika,” katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri di Auditorium Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, semalam.

Mohd Akmal berkata, Perak mencatatka­n peningkata­n kepada 9,743 kes HFMD bermula awal tahun hingga Sabtu lalu dan jumlah itu meningkat 42.3 kali ganda berbanding 225 kes pada tempoh sama tahun lalu.

“Kes HFMD tertinggi dilaporkan dalam kalangan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, iaitu 8,551 kes (87.8 peratus), diikuti 1,003 kes (10.3 peratus) dalam kumpulan usia tujuh hingga 12 tahun dan 189 kes (1.9 peratus) membabitka­n usia melebihi 12 tahun,” katanya.

Beliau berkata, 1,711 kes HFMD didaftarka­n dalam tempoh bermula 5 Jun hingga 11 Jun lalu berbanding hanya 25 kes tempoh sama tahun lalu.

Katanya, dari segi pecahan Kinta merekodkan 489 kes, diikuti Larut Matang dan Selama (224 kes), Hilir Perak (217 kes), Manjung (205 kes), Muallim (150 kes), Batang Padang (95 kes), Perak Tengah (87 kes), Kampar (73 Kes), Kuala Kangsar (68 kes), Kerian (62 kes) dan Hulu Perak (41 kes).

 ?? (Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) ?? Mohd Akmal (tiga dari kanan) merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perak di Auditorium HRPB, semalam.
(Foto Balqis Jazimah Zahari/bh) Mohd Akmal (tiga dari kanan) merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri Perak di Auditorium HRPB, semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia