Berita Harian

Shabudin umum tak tanding PRU-15

-

Georgetown: Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya, mengumumka­n hasratnya untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubunga­n Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, berkata keputusan itu dibuat secara sukarela tanpa membabitka­n isu perebutan kerusi atau seumpamany­a.

“Saya sudah empat penggal, orang kata just nice (sedang elok) untuk beri laluan kepada pucuk muda. Orang muda lebih energetik dan keputusan ini juga boleh memberi orang muda lebih peluang dalam politik.

“Jadi saya bercadang untuk bersara daripada jawatan, namun masih bergiat (dalam politik) tetapi tidak mahu jadi wakil rakyat dan sudah tentu saya akan membantu calon dari parti saya (BERSATU),” katanya

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia, ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ke-9 dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2022 di sini, semalam.

Shabudin pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan sebagai wakil rakyat UMNO bermula 2004 hingga 2008, sebelum bertanding kerusi Parlimen Tasek Gelugor atas tiket UMNO pada PRU-13 dan PRU-14.

Bekas Hakim Mahkamah Syariah itu, mengumumka­n keluar UMNO pada 14 Disember 2018 dan menjadi wakil rakyat bebas setahun sebelum menyertai BERSATU pada 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia