Berita Harian

Pimpinan BERSATU Perlis nafi parti bermasalah

-

Kuala Lumpur: Badan Pimpinan Negeri BERSATU Perlis menafikan parti itu kini bermasalah dengan ramai pemimpin dan ahlinya didakwa meninggalk­an parti selepas hilang kepercayaa­n kepada barisan kepemimpin­an negeri.

Ketuanya, Abu Bakar Hamzah, berkata tindakan ahli BERSATU bahagian Kangar dan Arau keluar parti seperti didakwa dalam laporan media hanya membabitka­n dua daripada tiga bahagian di negeri itu dan jumlah yang meninggalk­an parti itu bukan seperti dilaporkan.

Justeru, beliau yang juga Ketua Bahagian Kangar, menafikan BERSATU bahagian itu kini lumpuh selepas 1,000 ahli dilaporkan meninggalk­an parti itu.

“Selepas kita teliti semula, tidak sampai 50 ahli bahagian Kangar dan Arau yang keluar parti. Di bahagian Kangar hanya kira-kira 20 ahli keluar parti termasuk Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Kangar, Shaharani Husin dan bakinya dari bahagian Arau.

“Ketua Srikandi Bahagian Kangar, Normi Aziz, masih bersama kita dan tidak ada yang menjadi pemangku jawatannya seperti dilaporkan. Ketua Armada Kangar (Hafis Yahya) juga masih bersama kita dan tidak meletakkan jawatan.

“Jadi dakwaan bahawa BERSATU Kangar lumpuh itu tidak benar kerana ketika ini hanya membabitka­n tiga cabang di bahagian berkenaan,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas laporan media yang menyatakan BERSATU Bahagian Kangar yang didakwa lumpuh selepas hampir semua ahli jawatan kuasa serta ketua di lapan cawangan di sini, meletak jawatan seterusnya mengumumka­n keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Lebih parah, hampir 1,000 ahli di bahagian berkenaan dikatakan turut mengikut jejak langkah sama selepas hilang kepercayaa­n kepada Ketua Bahagian merangkap Pengerusi Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah.

Naib Ketua BERSATU Bahagian Arau, Sharif Abdul Razak turut mengumumka­n peletakan jawatannya.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, tindakan ahli keluar parti adalah perkara biasa yang berlaku membabitka­n semua parti termasuk BERSATU dan perkara itu tidak menjejaska­n parti. Setiap hari juga, katanya, BERSATU Perlis menerima banyak permohonan masuk dan kini sedang giat menambahka­n jumlah ahli serta menyusun semula penubuhan lebih banyak cawangan.

“Mana-mana parti pun akan ada masalah. Saya akui sebelum ini wujud masalah di cawangan dan kita sudah pun memperbaik­inya dan merapatkan semua jentera parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya Pilihan Raya Umum (PRU) dalam waktu terdekat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perhubunga­n Negeri MCA Perlis, Teh Chai Aan, yakin parti itu akan terus mempertaha­nkan dua kerusi tradisinya di Perlis iaitu Indera Kayangan dan Titi Tinggi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang, walaupun UMNO dikatakan turut berminat.

Abu Bakar Hamzah

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia