Berita Harian

‘Sarawak bukan menentang dasar kebangsaan’

- Oleh Mohd Roji Kawi

Abang Johari pertahan guna bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mdroji@bh.com.my

Kuching: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg mempertaha­nkan langkah kerajaan negeri memutuskan bahasa Inggeris tetap digunakan sebagai bahasa rasmi, selain bahasa kebangsaan kerana ia dibuat berlandask­an perkara digariskan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata, langkah itu tidak bermakna beliau menentang dasar kebangsaan, sekali gus berharap orang ramai tidak menganggap Kerajaan Sarawak pimpinanny­a tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutua­n.

“Saya perlu perjelaska­n kekeliruan ini, bukan saya tidak sealiran dengan dasar kebangsaan, tetapi kita harus praktikal dan mengakui kepentinga­n bahasa Inggeris.

“Tambahan pula Sarawak sedang melangkah ke arah dasar ekonomi digital dan ekonomi sekular yang banyak istilah bahasa Inggeris tidak boleh ditukar ke bahasa kebangsaan,” katanya berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini semalam.

Abang Johari yang juga Yang Dipertua PBB berkata, Kerajaan Sarawak tidak pernah ingkar, malah mengikut semua dasar yang dilaksanak­an Kerajaan Persekutua­n.

“Kita di Sarawak memang menerima dan mengamalka­n bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan juga kita masih mengekalka­n bahasa Inggeris sebagai satu lagi bahasa komunikasi. Dalam hal penggunaan bahasa Inggeris (sebagai bahasa rasmi), saya juga ada hak mengikut buku (Perlembaga­an) ini,” katanya.

Sambil menunjukka­n dokumen Perlembaga­an Persekutua­n,

Abang Johari berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung PBB, di Kuching, semalam.

belia berkata, Perkara 161 (3) Perlembaga­an jelas menyebut penggunaan bahasa Inggeris dibolehkan bagi prosiding di da- lam Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau bagi apa-apa prosiding di Mahkamah Persekutua­n atau Mahkamah Rayuan.

Pada 8 Jun lalu, Abang Johari menegaskan perkhidmat­an awam Sarawak akan terus menggunaka­n bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi bersama dengan bahasa kebangsaan.

Ia sebagai maklum balas terhadap kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali pada 24 Mei lalu yang mahu Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) meneliti tindakan boleh diambil ke atas pihak yang ambil mudah arahan pemerkasaa­n penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmat­an itu.

 ?? (Foto Ihsan Jabatan Penerangan) ??
(Foto Ihsan Jabatan Penerangan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia