Berita Harian

Negara sumber baharu tangani isu pekerja ladang

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pengusaha disaran cari penyelesai­an kurangkan kebergantu­ngan buruh asing ahmad.suhael@bh.com.my

Kuala Lumpur: Pengusaha perladanga­n khususnya sawit disaran meneliti prospek pengambila­n pekerja asing secara lebih meluas dari negara sumber baharu, terutama India dan Pakistan.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata mereka tidak sewajarnya terlalu menumpukan pada tenaga kerja asing dari Indonesia dan Bangladesh semata-mata seperti ketika ini.

Katanya, prospek pengambila­n pekerja dari dua negara sumber baharu itu, dilihat mampu menangani isu kekurangan tenaga buruh dalam sektor perladanga­n sejak penularan COVID-19, yang bakal menyebabka­n industri sawit berdepan penguncupa­n pendapatan antara lima hingga 10 peratus.

“Pada masa hadapan, pemilik ladang kelapa sawit di seluruh negara perlu melihat prospek pekerja dengan lebih meluas seperti di India dan Pakistan, serta tidak hanya tertumpu kepada pekerja dari Indonesia dan Bangladesh.

“Ketika ini, Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi (KPPK) berganding bahu dengan Kementeria­n Sumber Manusia, Kementeria­n Luar Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan Suruhanjay­a Koperasi Malaysia bagi mencari penyelesai­an terhadap masalah yang dihadapi dengan kadar segera.

“Kerajaan Persekutua­n dalam keputusan pada September tahun lalu, bersetuju meluluskan rancangan membawa masuk sejumlah 32,000 pekerja asing untuk bekerja di ladang kelapa sawit di seluruh negara.

“KPPK yakin bahawa sasaran ini akan dicapai dan isu berkaitan permit dibawa ke perhatian kementeria­n,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, BH melaporkan kenyataan Ketua Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC), Datuk Abdul Latif Abu Seman, melaporkan isu kekurangan penuai sawit dalam kalangan pekerja asing menyebabka­n industri itu kerugian RM21 bilion tahun lalu, dan dianggarka­n berterusan sebanyak RM28 bilion tahun ini.

Ketika ini, kekurangan pekerja yang menjangkau sehingga 100,000 orang bagi tugas penuaian buah kelapa sawit, berpunca daripada sekatan sempadan yang menghalang sepenuhnya kemasukan pekerja asing untuk masuk ke negara ini berikutan pandemik COVID-19.

Kira-kira 80 hingga 90 peratus pekerja ladang kelapa sawit di Malaysia adalah terdiri daripada warga asing, terutamany­a dari Indonesia.

Pada masa sama, Zuraida turut menggesa pemilik ladang sawit untuk mencari penyelesai­an jangka panjang bagi mengurangk­an

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi kebergantu­ngan kepada pekerja asing, khususnya menerusi penggunaan teknologi.

Tegasnya, pemilik ladang perlu meningkatk­an penggunaan automasi seperti menggunaka­n dron untuk pengawasan dan kawalan serangga perosak bagi meminimaka­n keperluan pekerja, selaras hasil penyelidik­an teknologi oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Kementeria­n yakin penggunaan automasi di peringkat ladang akan menarik minat pekerja tempatan untuk mula bekerja di sektor ladang.

“Penggunaan teknologi automasi juga diyakini dapat mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada pekerja asing dan menjadikan industri sawit negara lebih berdaya tahan untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Zuraida turut menggalakk­an pemilik kebun sawit untuk mula membuat pelaburan bagi mendapatka­n peralatan teknologi untuk membantu mereka di kebun sawit.

“Kementeria­n juga percaya pembabitan lebih besar dalam automasi boleh membantu meletakkan minyak sawit sebagai minyak masak pilihan utama di peringkat global, sejajar dengan Kempen ‘Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan’ yang sedang

dijalankan,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia