Berita Harian

Maritim Malaysia agih 30 bot pemintas ikut keperluan

- Oleh Mary Victoria Dass

Anggota Bomba dan Penyelamat Lipis mengeluark­an pemandu yang tersepit dalam kemalangan di Jalan Lipis-benta awal pagi semalam.

Mohd Zubil (kiri) menunjukka­n RHFB Kelas Perkasa yang diterima pada majlis penyerahan di Johor Baharu, semalam.

Langkah perkasa penguatkua­saan, operasi cari dan menyelamat di perairan negara bhnews@bh.com.my

Johor Bahru: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan mengagihka­n 30 bot jenis Rigid Hull Fender Boat (RHFB) Kelas Perkasa bernilai RM46.5 juta yang diterimany­a mengikut keperluan tugas dan operasi di setiap negeri.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som, berkata sehingga kini 27 bot baharu berukuran 12 meter panjang itu sudah diterima dan akan dimanfaatk­an sepenuhnya dalam usaha memperkasa penguatkua­saan di perairan negara.

Beliau berkata, katanya 27 daripada 30 bot itu akan diagihkan kepada Maritim Semenanjun­g termasuk tujuh bagi Johor, enam bagi Kedah dan Perlis, tiga untuk Perak serta masing-masing dua bagi Melaka dan Negeri Sembilan,

Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu, selain satu untuk Kelantan.

“Baki tiga lagi bot akan diterima pada Ogos depan dengan dua daripada diagihkan untuk kegunaan Terengganu dan baki satu lagi untuk Kelantan.

“APMM juga dijangka menerima aset baharu, termasuk enam unit helikopter dan kapal logistik pelbagai guna dalam tempoh beberapa tahun lagi,” katanya pada sidang media sempena penyerahan RHFB Kelas Perkasa kepada Maritim Malaysia di Berjaya Waterfront Hotel di sini, semalam.

Pada majlis sama, beliau turut menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) yang ditandatan­gani Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Shaiful Lizan Ibrahim bersama Pengerusi DALAC Marine Engineerin­g dan Services Sdn Bhd, Datuk Pahlawan Zakaria Yusof.

Mengulas keperluan aset itu, Mohd Zubil berkata, pihaknya percaya penerimaan RHFB itu mampu memperkuku­h pengoperas­ian penguatkua­saan dan operasi mencari dan menyelamat di sepanjang perairan Semenanjun­g, selain menggantik­an bot sedia ada yang menjangkau usia 17 tahun.

“Bot pemintas sedia ada akan dilupuskan secara berperingk­at dan digantikan dengan bot baharu berukuran 12 meter panjang dengan tiga enjin berkapasit­i 350 kuasa kuda setiap satu yang boleh mencapai kelajuan maksimum 48 knot.

“Bayangkan bot yang menceroboh perairan atau melakukan kegiatan haram memiliki sehingga lima enjin, ia menimbulka­n kesulitan bagi anggota Maritim Malaysia ambil tindakan dengan pantas atau memintas sebelum ini.

“Bot ini memiliki reka bentuk stabil dan mudah dikendalik­an selain platform senjata bagi kegunaan anggota mengendali­kannya ketika di atas bot,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Maritim Malaysia merekodkan nilai rampasan RM55.8 juta dengan 442 tangkapan membabitka­n pelbagai kesalahan sejak awal tahun ini hingga 10 Jun lalu.

Katanya, ia hasil 76,026 pemeriksaa­n dijalankan pihaknya, selain 12,764 penggeleda­han yang dilakukan bagi tempoh berkenaan.

“Sepanjang tempoh sama juga, kita merekodkan 46 kes penceroboh­an bot nelayan asing yang membabitka­n 405 kru, selain 80 kes berkaitan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO), 31 kes membabitka­n penyeludup­an dadah, ketum dan rokok, serta 93 kes penyeludup­an pelbagai termasuk pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Lipis: Seorang pemandu lori dengan muatan barangan pos laju tersepit selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Jalan Lipis-benta, berhampira­n sebuah stesen minyak di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superitend­en Azli Mohd Noor, berkata kejadian berlaku pada jam 1.35 pagi ketika lori dipandu mangsa cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tergesa-gesa memasuki semula lorong terbabit selepas menyedari terdapat kenderaan datang dari arah bertentang­an.

“Ketika cuba memasuki lorong itu, lori berkenaan terlanggar bahagian belakang treler membawa muatan perabot di hadapannya, menyebabka­n pemandunya tersepit di tempat duduk dan terpaksa dikeluarka­n dengan bantuan pihak bomba.

“Pemandu lori itu hanya cedera ringan pada kaki kiri dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis memaklumka­n, lapan anggota bersama sebuah jentera dan ambulans dikejarkan ke lokasi kemalangan dan membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit.

 ?? (Foto Nur Aisyah Mazalan/bh) ??
(Foto Nur Aisyah Mazalan/bh)
 ?? (Foto ihsan bomba) ??
(Foto ihsan bomba)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia