Berita Harian

RM200J sudah dibayar bagi penetapan harga siling ayam

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Tempoh berakhir 30 Jun, lebihan RM529J dialihkan dalam bentuk lain bhnews@bh.com.my

Kuala Kangsar: Kementeria­n Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) setakat Khamis lalu sudah membayar RM200 juta daripada keseluruha­n RM729.43 juta subsidi yang disediakan bagi penetapan harga siling ayam standard RM8.90 setiap kilogram.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata biarpun masih terdapat lebihan sebanyak kira-kira RM529 juta, tempoh subsidi bagi harga siling ayam tetap akan berakhir 30 Jun ini dengan lebihan bakinya akan dialihkan dalam bentuk lain mengikut ketentuan Kementeria­n Kewangan.

Beliau berkata, pengakhira­n tempoh selama empat bulan sejak pengenalan subsidi itu sekali gus bakal menyaksika­n peningkata­n harga jualan ayam standard yang dijangka antara RM11 hingga RM12 sekilogram.

Katanya, harga siling ayam RM8.90 sekilogram yang dijual sekarang adalah di bawah harga pasaran yang mana perbezaan dengan harga sebenar ditampung kerajaan melalui subsidi kepada penternak di ladang sebanyak RM1.40 sekilogram.

“Kerajaan maklum kos input yang meningkat membabitka­n kos buruh, makanan haiwan, pengurusan, kematian dan penyakit ternakan serta pelbagai lagi yang ditanggung penternak yang mana jika harga diapungkan, tentu meningkat melebihi RM8.90 sekilogram.

“Kita tidak lagi memberi subsidi kepada harga ayam, namun nilai subsidi akan dialihkan dalam bentuk lain seperti diumumkan Perdana Menteri khusus untuk golongan B40 yang jumlahnya akan ditentukan Kementeria­n

Kewangan,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong, di sini, semalam.

Sebelum itu, Ronald turut mengadakan lawatan ke tapak Projek Pasar Tani Kekal (PTK) Kuala Kangsar di Taman Kuala Kangsar yang bakal memberikan manfaat kepada lebih 100 usahawan apabila siap sepenuhnya pada April 2023.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Sebelum ini, dilaporkan RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Februari

lalu, selaras penetapan harga siling ayam RM8.90 sekilogram.

Sementara itu, Ronald berkata, larangan eksport sementara waktu bagi ayam tidak terpakai kepada jenis ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam memandangk­an ayam jenis itu tidak berdepan gangguan bekalan.

Mengenai PTK Kuala Kangsar, Ronald berkata projek bernilai RM4 juta hasil kerjasama peringkat Persekutua­n dan negeri itu adalah transforma­si pasar awam sebagai pusat sehenti dengan pengurusan lebih sistematik melalui penyediaan 116 lot baharu yang dijangka meningkatk­an pendapatan dan nilai jualan peserta sebanyak 30 peratus.

Katanya, setakat ini terdapat 40 PTK di seluruh negara termasuk lima yang masih dalam pembinaan dengan jumlah peruntukan keseluruha­n penubuhan PTK adalah RM147.57 juta.

Mengenai Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong, Ronald berkata, pusat di atas tanah seluas 1.6 hektar itu sudah melalui proses naik taraf sebagai model perniagaan dan pusat rujukan pemasaran hasil pertanian berteknolo­gi memandangk­an ia yang pertama seumpamany­a di Perak.

Katanya, pembanguna­n pusat itu dapat memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini yang tersedia dalam sektor pertanian, sekali gus mengoptimu­mkan penggunaan tanah terbiar milik kerajaan.

Beliau berkata, Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknolo­gi yang juga sebahagian daripada pusat berkenaan dimajukan di tanah rizab Jabatan Kerja Raya (JKR) berkeluasa­n 1 hektar dengan pengaplika­sian konsep Internet of Things (IOT) iaitu menggunaka­n kaedah sistem fertigasi, hidroponik dan akuaponik dalam satu kawasan.

“Kaedah ini memberikan pulangan sehingga RM90,000 pada sesuatu tempoh dengan pengeluara­n dua komoditi iaitu sayuran berdaun organik sebanyak 3.3 metrik dan ikan tilapia sebanyak 4,000 ekor,” katanya.

Saarani (tiga dari kiri) dan Ronald (dua dari kiri) ketika melawat tapak Projek Pasar Tani Kekal Kuala Kangsar, semalam.

 ?? (Foto L Manimaran/bh) ??
(Foto L Manimaran/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia