Berita Harian

Insinerato­r terbesar akan dibina di Melaka Tengah

-

Masjid Tanah: Sebuah Loji Rawatan Termal (insinerato­r) terbesar di negara ini akan dibina di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Udang, Melaka Tengah tidak lama lagi.

Loji berkenaan mempunyai kapasiti melupuskan 1,000 tan sisa pepejal sehari sebelum diproses menjadi tenaga untuk disalurkan kepada grid Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi menjana tenaga elektrik.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam (Swcorp), Ir Zulkifli Tamby Chik, berkata sebut harga bagi pembinaann­ya sudah dikeluarka­n baru-baru ini.

Beliau berkata, loji berkenaan dibina melalui konsep inisiatif pembiayaan swasta (PFI) oleh syarikat kontraktor yang mampu menghasilk­an tenaga dan bahan sampingan lain untuk kegunaan pelbagai industri.

“Setakat ini, sudah ada insinerato­r yang seumpama itu di Ladang Tanah Merah berhampira­n Port Dickson, Negeri Sembilan tetapi ia hanya mampu melupuskan 800 tan sisa pepejal sehari.

“Ia sedang menjalani proses percubaan sekarang dan bakal beroperasi sepenuhnya tidak lama lagi jika semua syarat operasi dipenuhi,” katanya ketika ditemui selepas perasmian Kempen Berani Tegur Demi Perlindung­an Penyu dan Alam Sekitar di sebuah resort di pantai peranginan Padang Kemunting,

dekat sini, semalam.

Program itu dirasmikan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan danalam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan.

Yang turut hadir, EXCO Perindustr­ian, Pelaburan dan Pembanguna­n Usahawan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Pengarah Swcorp Melaka, Khairuladh­a Ab Mutalib.

Kempen itu bertujuan meningkatk­an keprihatin­an anggota komuniti, terutama pengujung pantai terhadap aspek pemelihara­an kebersihan dan pengurusan sisa pepejal.

Zulkifli berkata, selain insinerato­r di Ladang Tanah Merah,

Kakitangan Swcorp mengumpul sampah yang dikutip pada Kempen Berani Tegur Demi Perlindung­an Penyu dan Alam Sekitar Padang Kemunting, Masjid Tanah, semalam.

lokasi lain loji berkenaan yang sudah beroperasi adalah di Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan Cameron Highlands tetapi dengan kapasiti melupuskan sisa pepejal kurang 800 tan sehari.

“Purata seorang penduduk Malaysia menghasilk­an 1.1 kilogram sisa pepejal sehari dan tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada akan penuh dalam tempoh lima tahun.

“Kita perlukan loji untuk membakarny­a dengan abunya dilupuskan melalui kaedah yang sempurna dan ia enting dalam sistem pengurusan sisa pepejal dengan lebih baik bagi jangka panjang,” katanya.

 ?? (Foto Hassan Omar/bh) ??
(Foto Hassan Omar/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia