Berita Harian

Israel lancar serangan udara ke arah Gaza

-

Baitulmaqd­is: Pejuang Palestin melancarka­n roket ke selatan Israel sehingga mengundang serangan balas dari udara, menurut tentera rejim Yahudi itu.

Bagaimanap­un, tiada laporan berlaku kemalangan jiwa sama ada di Gaza atau Israel yang menangkis serangan roket yang ditujukan ke arah bandar Ashkelon.

Israel mendakwa, serangan itu dilakukan oleh Hamas yang mengawal Gaza dan setakat ini tiada respon daripada Hamas atau mana-mana pihak yang mengaku bertanggun­gjawab.

“Sebagai tindak balas terhadap serangan itu, pesawat Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melancarka­n beberapa serangan ke atas Semenanjun­g Gaza,” menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.

Keadaan di Israel-gaza aman sejak Mei tahun lalu selepas berlaku pertempura­n antara keduadua pihak dalam perang 11 hari.

Biarpun berlaku berbalas tembakan di sempadan, kejadian itu tidak memberi isyarat ia akan memuncak, namun keganasan terus berlaku di Tebing Barat dan Israel kebelakang­an ini.

Jumaat lalu, tentera Israel membunuh tiga rakyat Palestin bersenjata di Jenin, lokasi di mana tentera meningkatk­an serbuan di bandar itu selepas mendakwa individu di situ melakukan serangan di beberapa lokasi di Israel.

Hamas pula memaklumka­n, seorang daripada yang terbunuh adalah anggotanya, manakala bakinya ahli kepada beberapa kumpulan pejuang lain. REUTERS

Kelihatan kepulan asap selepas Israel lancar serangan udara menyasarka­n pangkalan tentera Hamas di Gaza.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia