Berita Harian

Pesakit sembuh boleh dijangkiti Omicron semula

-

Sub varian bermutasi bolehkan virus merebak

New York: Individu yang pernah dijangkiti COVID-19 varian Omicron terdedah untuk dijangkiti sekali lagi versi baharu varian itu biarpun sudah menerima vaksin dan suntikan dos penggalak.

Penyelidik dari China melaporkan, pesakit Omicron BA.1 yang sudah mendapatka­n vaksinasi menghasilk­an antibodi yang mampu meneutralk­an virus COVID-19 asal, bagaimanap­un sub varian Omicron yang merebak ketika ini bermutasi dan membolehka­n virus mengelak daripada antibodi terbabit.

Omicron BA.2.12.1 yang ketika ini merebak dengan banyak di Amerika Syarikat (AS) dan Omicron BA.5 serta BA.4 yang menyebabka­n lebih 21 peratus jangkitan baharu di AS mengandung­i mutasi yang tidak terdapat dalam versi BA.1 dan BA.2 varian Omicron.

Hasil uji kaji penyelidik mendapati sub varian baharu itu berupaya mengelak daripada antibodi yang terhasil daripada jangkitan dan vaksinasi COVID-19.

Uji kaji turut menunjukka­n ubat antibodi monoklonal bebtelovim­ab daripada Eli Lily dan cilgavimab iaitu komponen Evusheld Astrazenec­a masih mampu meneutralk­an BA.2.12.1 dan BA.4/ BA.5 dengan berkesan.

Bagaimanap­un, dos penggalak berdasarka­n virus BA.1, seperti yang sedang dibangunka­n oleh Pfizer/biontech dan Moderna mungkin tidak mencapai perlindung­an spektrum luas terhadap sub varian Omicron baharu.

Penyelidik penyakit berjangkit dari Sekolah Perubatan Yale, Dr Onyema Ogbuagu, berkata kajian sebelum ini mencadangk­an individu dijangkiti Omicron dan tidak pernah menerima vaksinasi berkemungk­inan gagal mengembang­kan tindak balas imunisasi

Penyelidik penyakit berjangkit dari Sekolah Perubatan Yale yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti varian lain.

“Pandangan peribadi saya walaupun terdapat beberapa kelebihan untuk memiliki vaksin khusus berkaitan Omicron, saya berpendapa­t ia akan memberi manfaat yang sedikit berbanding perkembang­an terkini berkaitan vaksin dan dos penggalak sedia ada.

“Walaupun berlaku penggelakk­an imunisasi, jangkaanny­a ialah vaksin masih mampu melindungi daripada dijangkiti penyakit serius.

“Jika anda dijadualka­n mendapatka­n dos penggalak, sila dapatkan segera. Apa yang kita pelajari secara klinikal ialah ia amat penting untuk kita sentiasa mendapatka­n vaksin terkini bagi mengekalka­n kadar antibodi COVID-19 yang tinggi dalam darah kita,” katanya. REUTERS

Atalaia Do Norte: Polis Brazil mengesahka­n identiti mayat seorang lelaki yang ditemui tertanam di hutan Amazon sebagai wartawan British, Dom Phillips, yang dilaporkan hilang ketika melakukan penyelidik­an buku.

Pengesahan itu dibuat selepas Phillips yang dilaporkan hilang sejak 5 Jun lalu bersama jurupandun­ya yang juga pakar masyarakat orang Asli, Bruno Pereira mencetuska­n bantahan antarabang­sa dengan Amerika Syarikat (AS) menggesa supaya memastikan wujud akauntabil­iti dalam kes itu.

Menurut kenyataan dikeluarka­n Polis Persekutua­n, mayat Phillips disahkan hasil forensik antropolog­i dan rekod pergigian.

Polis memaklumka­n, pihaknya masih menjalanka­n pengesahan penuh ke atas mayat ditemui termasuk Pereira, yang sebelum ini pernah menerima ugutan bunuh.

Phillips, 57, seorang koresponde­n veteran dan Pereira, 41, dilaporkan hilang di kawasan terpencil hutan terbabit yang didakwa menjadi lokasi haram perlombong­an, penangkapa­n ikan, pembalakan serta penyeludup­an dadah.

Bagaimanap­un, 10 hari kemudian, seorang suspek, Amarildo da Costa de Oliveira yang turut dikenali Pelado, membawa polis ke sebuah lokasi di mana dia menanam mayat berhampira­n bandar Atalaia do Norte.

Mayat yang ditemui kemudian dibawa ke Brasilia Khamis lalu bagi tujuan pengesahan oleh pakar forensik.

AS kelmarin, menggesa akauntabil­iti dan keadilan dalam kes pembunuhan itu.

Jurucakap Jabatan Negara, Ned Price, turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumka­n mangsa dibunuh kerana mempertaha­nkan perlindung­an hutan dan masyarakat Orang Asli di sana.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menyifatka­n pembunuhan berkenaan sebagai tindakan ganas di Brazil. AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia