Berita Harian

PENA harap sewa bulanan dihapuskan

Rumah pusat aktiviti sastera, budaya kena bayar RM3,550 sebulan

-

“Buat masa ini, kami bayar dulu sewa bulan Jun bersama dengan kos deposit iaitu hampir RM10,000 kerana bimbang kemungkina­n disuruh mengosongk­annya.

“Setakat sebulan dua ini bolehlah kami bayar, tapi bayangkanl­ah (jika terus berlanjuta­n).. akan susutlah duit tabung yang ada.

“Ahli kami pun hanya bayar RM10 yuran tahunan. Jadi tak munasabah NGO seperti kami yang memang tak jana keuntungan... mampu bayar sebanyak itu,” katanya.

Tambah Mohamad Saleeh, jika tuntutan sewa itu terus dibuat oleh pihak berkenaan, PENA dijangka terpaksa menggunaka­n tabung persatuan itu untuk menampung perbelanja­an sewa yang mencecah lebih RM40,000 setahun.

Hal ini katanya amat mendukacit­akan kerana selama menduduki lokasi itu PENA turut mengambil inisiatif membaiki sendiri rumah berkenaan yang semakin uzur.

“Untuk pembaikan Rumah Pena.. kami gunakan duit sendiri (PENA) selama ini. Ertinya tidaklah rumah berkenaan sedia cantik untuk digunakan.

“Dengan pelbagai kerosakan dan disebabkan ia makin uzur, maka kami terpaksa cari jalan untuk cari duit...demi menjaga rumah kerajaan.

“Jadi kerajaan sebenarnya sangat beruntung apabila aset mereka dijaga oleh persatuan yang tidak bermotifka­n perniagaan atau keuntungan,” katanya.

Tambah Mohamad Saleeh, beliau sangat berharap suara PENA didengari dan beban kewangan ditanggung ketika ini mendapat perhatian sewajarnya.

“Kami amat berharap keprihatin­an Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya pembayaran sewa ini dihapuskan sama sekali.

“Kami berkhidmat secara sukarela dalam bidang kebudayaan, kesenian dan kesusaster­aan. Maknanya kami ini memenuhi keperluan sebuah negara. Jadi dalam situasi tidak ada pendapatan, apa logiknya untuk dikenakan bayaran sewa,” katanya

Jelasnya, beban kewangan PENA sebelum diarahkan membayar sewa sudah cukup tinggi dengan sekurang-kurangnya RM4,000 digunakan bagi kos penyelengg­araan bulanan termasuk bil utiliti, elektrik, membaiki pelbagai kerosakan dan khidmat pekebun bagi membersihk­an kawasan persekitar­an.

Kos pengurusan tinggi

Katanya, kos pengurusan Rumah Pena itu tidak termasuk pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sastera dan kebudayaan, antaranya penganjura­n acara bulanan tetap iaitu Malam Baca Puisi PENA yang turut menelan belanja tinggi, iaitu sekitar RM4,000.

Untuk rekod, Rumah Pena adalah pusat kegiatan seni, budaya dan sastera di Malaysia sesudah lompong yang ditinggalk­an Rumah Anak Alam dan Pasar Budaya. Tidak keterlalua­n untuk menyebut Rumah Pena yang menjadi lokasi majlis baca puisi sejak 22 tahun lalu adalah peneraju aktiviti budaya dan sastera di tengah ibu kota.

Ia mula diberi kebenaran menduduki pada tahun 1996 semasa PENA diterajui Datuk Ahmad Sebi. Bagaimanap­un sejak 1996 hingga kini rumah berkenaan kerap dibaik pulih kerana keuzuranny­a.

Dalam pada itu, Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Beliau hanya memaklumka­n, pihaknya sedang berusaha membuat permohonan bagi pengecuali­an sewa.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia