Berita Harian

JAWABLAH SOALANKU

Mendengar ayat itu keluar dari mulut ibu, tahulah aku bahawa benci sudah menjadi benih kasih. Ia bercambah, akarnya memasak ke bumi, pucuknya menjulang nan tinggi. Mana mungkin aku membuangmu ibu dari ingatanku

-

berdebar. Anehnya perasaan ini. Tiba-tiba aku berasa indah, seperti terapung-apung di atas keinderaan. Pada kala suara itu menyepi, aku berasa rindu juga ketakutan sekiranya zulmat itu membahamku.

Oh, aku pasti andai engkau mendengar suara itu, engkau juga pasti terpesona.

Pada suatu ketika, aku terdengar suara itu bernyanyi syahdu. Bahasa nyanyianny­a tidak kufahami. Kemudian aku terdengar suara itu merayurayu.

“Bantulah aku...” Apakah si jelita pemilik suara merdu ini dalam kesusahan?

“Tunjukkan aku jalan keluar...”

Oh, adakah dia juga sepertiku, sedang ketakutan dibaham zulmat?

“Tenangkanl­ah hati ini dengan keberkatan kitab-mu...”

Tidak ada sesiapakah yang boleh membantu bidadariku ini? Berulang-ulang kali aku bersuara meminta tolong (meskipun aku tidak pasti adakah sesiapa di sekitarku yang akan mendengar).

Suara lirih itu menghilang, berganti ngongoian panjang.

Butir bicaranya tidakku fahami. Aku tiba-tiba menjadi sebak. Kesedihan itu menyiat-nyiat hatiku.

Aku ingin sekali meminjamka­n bahuku kepada pemilik suara itu. Aku ingin menjadi lelaki yang mengesat air matanya.

Aku ingin beritahuny­a, aku sentiasa ada di sini untuk berkongsi rasa sedih itu. Namun, apakan daya. Aku tidak pernah melihat dia. Malah, aku tidak pasti, bagaimana dapat aku bertentang mata dengannya.

Suatu hari, aku dikejutkan dari tidur oleh esakan yang panjang.

“Kau jangan terus menangis begini, ceritalah masalah kau kepada aku. Kita sama-sama cari jalan keluar. Kau nampak pucat sangat. Kau pun selalu sangat ponteng aktiviti sekolah,” terdengar satu suara asing.

“Aku mengandung.” Tiba-tiba aku berasa sedikit hangat.

“Dalam perut kau ada bayi?” “Aku benci. Aku tak nak. Mereka syaitan!”

Tubuhku terhenyak. Ruang sekeliling­ku bagai menyempit. Oh, apakah yang sedang berlaku? Aku menjerit memanggiln­ya, ibu... ibu...

“Jangan! Jangan pukul perut kau. Bayi tu tak bersalah. Mak ... mak kau tahu?”

Suara yang sering kudengar dan kurindu itu menghambur­kan tangis. Malah, tangisnya semakin kuat. Semakin menggila! Aku tak dapat menangkap biji butir esakannya.

Sejak detik itu, aku berasa satu kelainan. Sekeliling­ku terasa muram. Ruang gelita di sekeliling­ku membawa sepi.

Aku sedih. Suara yang selalu menyanyi itu lebih kerap menangis. Kadang-kadang tangisanny­a kuat hingga aku terasa gegarannya. Sering juga tangisanny­a perlahan, namun tetap membuatkan aku turut bersedih.

Aku tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku? Ah.

Apabila perasaan ingin tahuku tak terbendung, aku cuba menghayunk­an kakiku. Aku cuba menendang angin.

“Aduh,” terdengar suara yang kurindu itu mengaduh, “Sakitlah. Duduklah diamdiam,” suara itu mengeluh.

Aku berasa bersalah, tapi aku mahu pemilik suara itu berhenti menangis. Aku rimas berasa sedih dan sayu dalam suasana gelita ini.

Satu hari aku terdengar jeritan.

“Aku kerja siang malam untuk cari duit, ini yang kau balas? Bagitahu aku siapa jantan tu?”

Ibu tidak menjawab, kedengaran hanyalah sedu-sedan.

“Harapkan pegar...” Aku kemudian terdengar keluhan hampa.

Beberapa ketika selepas itu, aku berasa sedikit terhimpit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia