Berita Harian

Pelihara semua aspek amal ibadah demi haji mabrur

Jemaah perlu jaga akidah, akhlak ketika di Tanah Suci

-

Oleh Noorazura Abdul Rahman

Mendapat haji mabrur menjadi impian jemaah haji kerana ia kemuncak kepada kesempurna­an ibadat rukun kelima itu termasuk mereka yang menyambut seruan pernah diungkapka­n Nabi Ibrahim AS.

Namun harus diingat, bukan mudah untuk mencapai taraf haji mabrur disebabkan bukan sahaja membabitka­n amalan ketika haji, bahkan meliputi semua aspek daripada sebelum, ketika dan selepas pulang dari Tanah Suci, kelak.

Dekan Kuliyyah Syariah dan Undang-undang, Universiti Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah (UNISHAMS), Dr Akli Ahmad, berkata ukuran haji mabrur adalah bagaimana kita mampu melaksanak­an segala perintah Allah SWT bukan sahaja dalam ibadat haji tetapi juga dalam semua perintah Allah yang lain.

Katanya, ia merangkumi ketaatan seseorang hamba dalam menunaikan solat, berpuasa pada Ramadan, membayar zakat, bersedekah dan sebagainya.

“Ia termasuk perkara dalam Rukun Iman, iaitu beriman kepada Allah,

Rasul, kitab, Kiamat serta qada dan qadar. Bahkan menunaikan janji kita dengan Allah SWT dan sesama manusia juga melambangk­an kita mendapat haji mabrur.

“Selain itu, sikap kita dalam menghadapi kesusahan dan ditimpa musibah yakni dengan bersabar juga menunjukka­n kita mendapat haji mabrur,” katanya.

Mengulas lanjut, Akli berkata, melaksanak­an ibadat haji sudah pasti tidak sah tanpa iman kepada Allah SWT dan tidak akan sempurna atau tidak menjadi mabrur tanpa menyempurn­akan Rukun Iman dan Islam secara keseluruha­nnya.

Katanya, Rukun Iman dan Islam adalah terikat antara satu sama lain dan selari dengan firman Allah SWT:

(Al-baqarah: 177) “Maka perkara disebutkan Allah SWT dalam ayat ini sangat berkait apatah lagi kita berhajat dalam bermusafir melaksanak­an ibadat haji di Baitullah al-haram,” katanya.

Jauhi bercakap peribadi orang lain

Bagi mengelak mendapat haji tidak mabrur, Akli berkata, jemaah perlu menjauhi bercakap mengenai cerita peribadi orang lain dan bertengkar dengan perkara batil.

Katanya, mereka juga perlu mengelak perkara lagha dan dosa seperti bergurau keterlalua­n, mencela dan maki hamun yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai Muslim.

“Dalam tempoh menunaikan haji, iaitu ketika dari rumah hingga ke Makkah dan kembali ke semula ke rumah, hendaklah penuhkan amalan kita dengan perkara baik.

“Seorang tabi'in, Muhammad Ibnu Wafiq ketika dalam perjalanan melaksanak­an haji meminta penunjuk jalan di belakangny­a agar meninggika­n suara ketika berzikir supaya beliau tidak sibuk dengan urusan orang ramai agar dan mendengar cerita orang lain bagi mendapatka­n haji mabrur,” jelas beliau.

Beliau menambah, tabi'in Muhammad Mughirah Ibnu Hakam al-san'ani pula ketika berjalan kaki beribu kilometer dari Yaman untuk menunaikan haji, menghabisk­an waktu dengan berwirid, manakala pada waktu malam pula beliau membaca satu pertiga al-quran sebelum tiba ke Tanah Suci.

“Allah menyebut dalam surah al-baqarah ayat 199200: gus menafikan syirik.

Katanya, kembali daripada menunaikan haji, kita perlu menjaga percakapan yakni berkomunik­asi dengan baik dan husnul khuluq (akhlak baik) serta jauhi sombong dan bangga diri, bengis serta maksiat.

“Jabir Abdullah RA meriwayatk­an Nabi Muhammad SAW bersabda ganjaran haji mabrur tidak lain syurga semata-mata dan mereka bertanya apakah kebaikan haji, maka Nabi Muhammad SAW menjawab berikan makanan dan sebarkan salam.

“Sah atau tidak haji adalah isu lain tetapi untuk mendapat haji mabrur, kita mestilah selitkan perkara baik atau amalan sunat,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia