Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

United masih mahu De Jong Pasukan Frenkie De Jong ketika ini, Barcelona mahu menjualnya kerana kekangan kewangan yang boleh menyukarka­n mereka musim depan.

Bagaimanap­un mereka berdepan kesukaran berdasarka­n jumlah perlu dibayar pasukan mahukan pemain itu.

Barcelona meminta 85 juta euro.

Leeds harap Roca

Leeds United terus cuba membina pasukan di bawah kendalian Jesse Marsch menerusi ketibaan Marc Roca dari Bayern Munich.

Pemain Sepanyol berusia 25 tahun itu sudah bermain dalam skuad bawah 21 tahun negaranya, namun belum dipanggil skuad utama.

Dia mungkin boleh mendapat peluang jika bermain di EPL selepas bergelut untuk beraksi di Jerman.

Ward-prowse dapat perhatian James Ward-prowse tampil cemerlang sekali lagi musim lalu dan mula mendapat perhatian banyak kelab utama.

Manchester United dikatakan berminat. Bagaimanap­un kelab dari Old Traffprd itu perlu berdepan saingan Newcastle United serta West Ham.

Tuchel mahu Lewandowsk­i Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mahu membawa Robert Lewandowsk­i ke London bagi menggantik­an Romelu Lukaku musim panas ini.

Bagaimanap­un ia dilihat terlalu rumit.chelsea dan Inter Milan dilihat masih terlalu jauh selepas mengadakan perbincang­an untuk perpindaha­n secara pinjaman penyerang Belgium itu manakala Barcelona berada di depan bagi mendapatka­n Lewandowsk­i.

London:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia