Berita Harian

RM188.3 juta nilai perpindaha­n Mane

-

Liverpool dan Bayern Munich dilaporkan sudah besetuju dengan yuran perpindaha­n Sadio Mane. Dua tawaran kelab Bundesliga itu untuk mendapatka­n bintang Senegal sebelum ini ditolak.

Namun, selepas pengurusan tertinggi Bayern terbang ke

United Kingdom untuk mengadakan perbincang­an dengan bos Anfield kelmarin, perjanjian dikatakan sudah dicapai.

Mereka dikatakan bersetuju dengan yuran sekitar £35 juta (RM188.36 juta) menurut The Times. Liverpool akan menerima secara terus £27.5 juta (RM148 juta) buat Mane. Skuad Reds kemudianny­a berpotensi menerima £5 juta (RM26.91 juta) lagi dalam bentuk bayaran tambahan selain £2.6 juta (RM13.99 juta) berdasarka­n persembaha­n.

Pemain itu dijangka menjalani ujian perubatan minggu depan menjelang perpindaha­n ke kelab juara Jerman itu. Legenda Liverpool,

Jamie Carragher segera mengucapka­n terima kasih atas sumbangan Mane yang menjaringk­an 120 gol dalam 269 perlawanan buat kelab itu.

Dia menulis di Twitter: “Pemain kesukaan saya @LFC pada era ini, Sadio Mane akhirnya meninggalk­an kelab, penyelengg­araan rendah, persembaha­n tertinggi & tidak pernah cedera!

“Trofi dan jaringan gol hebat, legenda sebenar Liverpool. Terima kasih Sadio.”

Sementara itu, Tottenham mengumumka­n mereka menandatan­gani pemain tengah, Yves Bissouma dari Brighton dengan yuran perpindaha­n £25 juta (RM134.49 juta), memberikan pengurus Antonio Conte pemain ketiga dalam fasa perpindaha­n.

Pemain antarabang­sa Mali itu menyerlah ketika Brighton mencatat penamat terbaik dalam Liga Perdana iaitu kedudukan kesembilan musim lalu. Bissouma, 25, menandatan­gani kontrak empat tahun dan akan bersama rakan yang baharu tiba, Ivan Perisic dan Fraser Forster di kelab London itu.

“Saya sangat gembira berada di sini, gembira menjadi pemain Spurs dan saya harap kami akan melalui musim yang bagus,” kata Bissouma kepada Spurs TV.

AGENSI/AFP

GP Kanada

 ?? ?? Yves Bissouma
Yves Bissouma
 ?? ?? Sadio Mane
Sadio Mane

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia