Berita Harian

‘Bukan lawan mudah’

- Oleh Syafiq Aznan

Liga Super

Selangor perlu waspada, elak bergelut berdepan Sarawak syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketika ‘budak baharu’ yang kebiasaann­ya menjadi santapan pasukan Liga Super bagi meraih tiga mata, namun lain pula halnya dengan Selangor FC.

Berdasarka­n statistik, skuad The Red Giants sering bergelut apabila bertemu buat kali pertama menentang pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Super sepanjang tempoh 10 musim lalu.

Pergelutan ini bermaksud mereka gagal meraih mata penuh dalam dua aksi pertama berdepan pendatang baharu Liga Super pada musim terbabit kecuali pada musim 2014 - mereka mengutip enam mata hasil kemenangan ke atas Sarawak dan Sime Darby.

Sembilan musim yang lain menyaksika­n mereka tidak mampu mengutip mata maksimum dengan tujuh mata menjadi pungutan terbaik yang dilakar pada musim 2016 dan 2020.

Tujuh mata itupun kerana mereka menentang tiga pendatang baharu pada musim terbabit iaitu Kedah, T-team dan Pulau Pinang pada 2020 dan Sabah, UITM FC serta PDRM pada musim 2020.

Pungutan mata terburuk selepas dua perlawanan pertama menentang pendatang baharu dilakar pada musim lalu yang menyaksika­n mereka sekadar mendapat satu mata apabila terikat 1-1 menentang KL City FC sebelum dikejutkan 2-1 oleh Penang FC.

Pada musim 2019, mereka mengutip dua mata selepas diikat pasukan yang baru dipromosi iaitu FELDA United dan PJ City FC - keciciran empat mata menyaksika­n mereka menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super pada musim terbabit.

Kita lihat catatan mereka bagi musim 2022 pula. Badi pendatang baharu terus dimanifest­asikan menerusi keputusan 2-2 yang dilakar anak buah Michael Feichtenbe­iner itu ketika berdepan juara Liga Perdana, Negeri Sembilan di tempat lawan, April lalu.

Mereka akan berdepan satu lagi pasukan yang baru dipromosi buat kali pertama pada musim ini iaitu Sarawak United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.

Sekalipun berada pada kedudukan ke-10 namun skuad bimbingan B Satianatha­n itu membuktika­n mereka juga mampu bersaing apabila berjaya mencatat dua kemenangan daripada sembilan perlawanan setakat ini.

The Red Giants sering bergelut apabila bertemu buat kali pertama menentang pasukan baru dinaikkan ke Liga Super sepanjang tempoh 10 musim lalu.

(Foto FB Selangor FC)

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia