Berita Harian

Tekad Dechmitr bersama Kedah

-

Piala AFC

Alor Setar: Pemain import Kedah Darul Aman FC, Sanrawat Dechmitr bertekad menggunaka­n pengalaman­nyai bagi membantu skuad Sang Kenari menghadapi saingan Piala AFC di Bali, Indonesia minggu depan.

Pemain tengah kuota ASEAN berusia 32 tahun dari Thailand itu berkata faktor sekeliling di negeri ini banyak membantuny­a dapat segera menyesuaik­an diri selepas seminggu bersama skuad Sang Kenari.

“Persiapan saya bersama pasukan berada dalam keadaan baik dan semua di sini memberi sokongan yang baik kepada saya dalam semua hal. Saya rasa gembira berada di sini dan berasa seolah-olah berada di negara sendiri.

“Saya kini menumpukan sepenuh fokus dalam persiapan pasukan sebelum kami bertolak ke Indonesia. Saya mahu pastikan saya dapat memberi 100 peratus dalam aksi berkenaan bagi membantu Kedah memberi saingan dalam kejohanan itu,” katanya.

Kemasukan Sanrawat ke skuad sang Kenari pada jendela perpindaha­n kedua pada musim ini adalah bagi menggantik­an kekosongan kuota ASEAN yang ditinggalk­an pemain tengah, Dennis Buschening yang sedang menjalani proses pemulihan akibat cedera.

Dia sebelum ini pernah mewakili skuad kebangsaan Thailand pada saingan Piala AFF Suzuki 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia