Berita Harian

Harimau Malaya bakal terima habuan RM880,000

-

Piala Asia 2023

Kuala Lumpur: Bukan setakat kerana prestij semata-mata, sebaliknya tiket ke Piala Asia 2023 menjadi dambaan pasukan di benua ini memandangk­an ia memberi peluang kepada mereka mengisi kantung masing-masing.

Semua 24 pasukan bakal menerima sebanyak AS$200,000 (RM880,000) hanya dengan mengesahka­n penyertaan ke temasya yang sepatutnya berlangsun­g di China pada tahun depan.

Situasi ini menyaksika­n skuad Harimau Malaya dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh tersenyum lebar kerana RM880,000 sudahpun berada dalam genggaman mereka.

Dengan imbuhan terbabit, sudah pasti ia membantu perancanga­n FAM dalam mengatur persiapan yang lebih mantap sebelum berentap dengan gergasi Asia yang lain pada temasya yang berlangsun­g empat tahun sekali itu.

Hadiah kemenangan jika pasukan berjaya pergi lebih jauh juga sudah pasti menyemarak­kan semua pasukan bertanding sekali gus menjanjika­n saingan yang lebih sengit dalam pemburuan gelaran ‘raja bola sepak Asia’.

Namun mereka perlu mara sehingga ke peringkat separuh akhir untuk menikmati hadiah kemenangan kerana ganjaran AS$1 juta (RM4.4 juta) menanti.

Pasukan yang bergelar juara pula akan menerima imbuhan AS$5 juta (RM22 juta) manakala pasukan naib juara tidak pulang dengan tangan kosong kerana akan mendapat AS$3 juta (RM13.2 juta)

Hadiah kemenangan ini sama seperti dimenangi pasukan pada edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menyaksika­n Qatar merangkul kejuaraan Asia pertama dengan menewaskan Jepun 3-1.

Iran dan UAE pula masingmasi­ng tumbang di peringkat separuh akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia