Berita Harian

Empat pemain baharu perkasa Tok Gajah

-

Kuantan: Kehadiran empat pemain baharu termasuk tiga import pada jendela perpindaha­n kedua saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini diyakini memperkasa­kan Sri Pahang FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, perubahan yang dilakukan pihaknya itu diharap memberi impak positif dalam membentuk pasukan lebih mantap.

Kelmarin, kelab berkenaan mengumumka­n kemasukan empat pemain baharu termasuk tiga import. Mereka adalah Steven Rodriguez, 24, dari Colombia, Kevin (Foto FB Sri Pahang)

(Dari atas kiri) Mior Dani, Rodriguez, Ingreso dan Sherzod.

Ingreso, 29, (Filipina) dan Sherzod Fayziev, 30, (Uzbekistan) dan pemain tempatan, Mior Dani Armin Mior Ariffin, 23.

“Dengan prestasi kurang memuaskan sebelum ini, diharap kemasukan empat pemain baharu iaitu tiga import dan seorang pemain tempatan diharap akan membantu. Dari segi kelab, kami mahu semua pemain membentuk persefaham­an dan kerjasama lebih cepat dalam memperkasa­kan pasukan.

“Dengan pengalaman yang dimiliki, mereka diharap dapat menterjema­hkannya dengan gaya persembaha­n terbaik,” katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia