Berita Harian

Kontinjen letak sasaran sederhana

-

Sukan Para ASEAN

Kuala Lumpur: Kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN 2022 di Solo, Indonesia mungkin hanya meletakkan sasaran yang sederhana memandangk­an belum menerima gambaran sebenar mengenai situasi di sana.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, berkata pihaknya mendengar beberapa perkara yang menjadi kebimbanga­n buat kontinjen, namun percaya majlis paralimpik negara berkenaan mampu menyelesai­kannya sebelum temasya bermula.

“Kita akan ke sana dan menghantar kontinjen, tetapi sehingga sekarang, kita belum tahu di mana hotel dan sebagainya. Buku teknikal sudah diedarkan, tetapi saya fikir biarlah Majlis Paralimpik Indonesia melakukann­ya.

“Kita mungkin berlepas pada 25 Julai ini. Apa yang kita dengar, venue sukan renang sudah bertukar ke Semarang. Dari Solo ke Semarang dalam 1 jam 30 minit. Itu antara perkara yang kita sentiasa dapatkan maklumat dari sana,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan MPM, di sini, semalam.

Olahraga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia