Berita Harian

Bonnie harumkan negara

-

Bonnie (tengah) meraikan kejayaan memenangi pingat emas acara 72kg, manakala Hu Peng raih (kiri) raih perak dan atlet Uzbekistan, Bekzod Jamilov menang gangsa.

Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania

Kuala Lumpur: Jaguh powerlifti­ng negara, Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mengharumk­an nama negara di persada antarabang­sa apabila muncul juara Kejohanan Powerlifti­ng Para Terbuka Asia Oceania 2022 di Pyeongtek, Korea Selatan, kelmarin.

Juara Paralimpik Tokyo 2020 itu berjaya meraih pingat emas bagi kategori 72 kilogram (kg) menerusi angkatan terbaiknya seberat 213kg pada percubaan ketiga, menurut laman sesawang World Para Powerlifti­ng www.paralympic.org/powerlifti­ng.

Pada percubaan pertama, atlet berusia 22 tahun kelahiran Sarawak itu berjaya melakukan angkatan seberat 203kg, diikuti 209kg pada percubaan kedua dalam kejohanan itu yang juga antara kejohanan kelayakan ke Sukan Paralimpik Paris 2024.

Persaingan antara enam peserta pada kejohanan itu menyaksika­n atlet dari China, Hu Peng melakukan angkatan 200kg dan Bekzod Jamilov (180kg) dari Uzbekistan masingmasi­ng meraih perak dan gangsa.

Bonnie sebelum ini meraih emas Kejohanan Powerlifti­ng Dunia 2021 di Tbilisi, Georgia, Disember lalu dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 pada 2021.

Sementara itu, Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) meletak kepercayaa­n tinggi terhadap kemampuan Bonnie untuk menghasilk­an kilauan pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dari 28 Julai hingga 8 Ogos ini.

Presidenny­a, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, berkata beliau optimis atlet berkenaan mampu membutirka­n pingat berkenaan sekiranya dilihat daripada prestasi semasa atlet itu yang memenangi emas pada Terbuka Asia Oceania.

“Bonnie sudah dilantik sebagai pembawa Jalur Gemilang (di

Sukan Komanwel Birmingham) dan dia juga antara prospek emas. Kita harap dia menjadi seorang daripada penyumbang pingat. Saya melihat dia seorang yang optmistik dan akan membanggak­an negara dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Dia daripada seorang harapan kita,” kata Megat pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan MPM, semalam.

Mengulas lanjut mengenai penyertaan di Sukan Komanwel Birmingham 2022, Megat berkata, pihaknya sudah mempunyai kira-kira sembilan senarai nama awal atlet untuk menyertai kontinjen yang bakal bertanding dalam empat jenis sukan.

 ?? (Foto ihsan FB MSN) ??
(Foto ihsan FB MSN)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia