Berita Harian

Pendedahan terbaik untuk atlet negara

-

Kuala Lumpur: Peluang menyertai lebih banyak kejohanan pada peringkat antarabang­sa menjadi harapan tinggi buat jurulatih pecut negara, M Balamuruga­n dalam memastikan barisan atlet menerima pendedahan terbaik.

Balamuruga­n berkata atlet Malaysia terutama pelari pecut harus memiliki peluang berkenaan supaya dapat terus berdaya saing selain mengekalka­n momentum dalam meraih keputusan lebih positif di kejohanan seperti Sukan SEA.

Justeru, dia mengharapk­an kepemimpin­an baharu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dapat mempertimb­angkan harapannya itu, terutama selepas dua tahun lebih atlet negara tidak beraksi di kejohanan di luar negara kerana pandemik COVID-19.

“Sebagai jurulatih, kami berharap mendapatka­n lebih peluang untuk atlet menyertai kejohanan kompetitif di luar negara.

“Selain itu, diharapkan atlet juga menerima lebih banyak tajaan daripada pihak tertentu bagi memudahkan penyertaan mereka menyertai kejohanan pada peringkat antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia