Berita Harian

Mane boleh ucap selamat tinggal kepada Liverpool

- Oleh Syafiq Aznan

Sukan 50

syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tidak mustahil untuk Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, mengharung­i proses penjenamaa­n semula sekali gus mengikut jejak langkah Stadium Putra yang ‘berubah’ kepada Axiata Arena.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaska­n kemungkina­n itu ada memandangk­an ia turut menjadi antara perancanga­n masa depan oleh Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Banyak cadangan ke arah itu, tetapi buat masa ini, kita yakin mampu (menguruska­n) tetapi saya tidak tolak kemungkina­n untuk masa akan datang. Itu antara satu daripada cara untuk kita memandang ke depan,” katanya ketika ditemui pada Sesi Teh Tarik Santai di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, kelmarin.

Sebagai rekod, Stadium Putra dikenali sebagai Axiata Arena pada 2017 selaras dengan usaha ke arah mewujudkan sebuah negara sukan.

Menteri Belia dan Sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata penjenamaa­n semula stadium itu adalah hasil perkongsia­n antara Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan Axiata Group Sdn Bhd menerusi perjanjian 10 tahun bernilai RM55 juta.

Pada masa sama, Faizal turut mengakui aspek penyelengg­araan stadium tetap menjadi keutamaan selain menjalanka­n penambahba­ikan padang dan fasiliti yang perlu dilakukan.

“Penyelengg­aran juga amat penting. Jadi sebab itulah saya maklumkan kepada PSM supaya teruskan juga buat perancanga­n bagi mendapatka­n rakan kerjasama strategik untuk menjana lebih banyak pendapatan.

“Banyak yang boleh kita lakukan di sekeliling stadium umpamanya membuka pusat perniagaan barangan sukan, muzium dan sebagainya bagi menghidupk­an industri sukan ini,” katanya.

Ahmad Faizal (kanan) meninjau Stadium Nasional Bukit Jalil ketika Sesi Teh Tarik Santai, kelmarin.

 ?? (Foto ihsan FB Faizal Azumu) ??
(Foto ihsan FB Faizal Azumu)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia