Berita Harian

Tingkatkan kesedaran tebus semula tanah rizab

-

Kita akan bekerjasam­a dengan banyak NGO Melayu lain supaya kita ada pendekatan yang kolektif demi membangkit­kan kesedaran orang Melayu

Ghazali Yusof,

Pengerusi ADAB Maka banyaklah tanah rizab yang diambil oleh kerajaan negeri, tetapi tidak diganti sebaik-baiknya dengan tanah yang sama tara, sama taraf dan sama nilai

Zainal Kling,

Timbalan Pengerusi ADAB

“Maka banyaklah tanah rizab yang diambil oleh kerajaan negeri, tetapi tidak diganti sebaik-baiknya dengan tanah yang sama tara, sama taraf dan sama nilai.

“Jadi hasilnya sekarang, di Kuala Lumpur misalnya, hanya tinggal tiga peratus tanah rizab Melayu merangkumi kawasan di Gombak dan perkampung­an Melayu,” katanya kepada BH selepas Mesyuarat Agung Tahunan ADAB, di sini semalam.

Beliau menggesa pihak yang berkenan mencari jalan menebus tanah rizab yang sudah diambil dan tergadai kepada bangsa lain atau menggantik­annya dengan tanah lain yang sama nilai, malah tindakan pendakwaan di mahkamah harus diambil jika perlu untuk menegakkan keadilan.

“Jika boleh, ambil semula dan dakwa orang salah guna kuasa yang meminda status tanah berkenaan. Jika perlu tuduh di mahkamah demi memperoleh keadilan, maka langkah itu perlu dilakukan segera jika pengambila­n tanah rizab Melayu yang dibuat itu salah dari sudut undang-undang.

“Kita juga minta tidak ada lagi orang gunakan kuasa politik dan kuasa undang-undang untuk ambil alih tanah rizab Melayu yang kemudian dipinda serta diubah statusnya tanpa diganti.

“Jika tidak boleh (tebus) dan ada banyak masalah, maka kita minta supaya diganti dengan tanah lain yang ada. Ini kita timbulkan kerana (penyusutan tanah rizab Melayu) sudah menjadi masalah kepada bangsa Melayu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi ADAB, Datuk Ghazali Yusof, berkata tiga isu yang diberi tumpuan itu akan dibincangk­an dengan serius dalam beberapa program yang bakal dilaksanak­an NGO berkenaan kelak.

Katanya, perbincang­an holistik dan mendalam mengenai perkara itu akan turut digerakkan oleh NGO Melayu lain demi kebaikan sejagat.

“Kita angkat isu ini supaya orang Melayu sedar dan fikirkan langkah untuk bertindak secara wajar. Kita akan bekerjasam­a dengan banyak NGO Melayu lain supaya kita ada pendekatan yang kolektif demi membangkit­kan kesedaran orang Melayu.

“Kesedaran orang Melayu dalam isu-isu seperti ini dilihat semakin berkuranga­n, terutama membabitka­n tanah rizab,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia