Berita Harian

Pandemik jejas sasaran kesaksamaa­n jurang gaji

Kadar pendapatan sama memerlukan 13 tahun selepas tamat WKB 2030

- Oleh Mahani Ishak dan Awatif Hasani bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Sasaran mencapai kesaksamaa­n pendapatan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa di negara ini dijangka hanya mampu dicapai pada 2043 berbanding sasaran awal pada 2030.

Sasaran awal dibuat berdasarka­n pelaksanaa­n Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), namun terjejas akibat penularan COVID-19 dan dijangka memerlukan tempoh 13 tahun selepas itu untuk direalisas­ikan.

Penyelidik Kanan DM Analytics, Zouhair Rosli, berkata jurang pendapatan antara kaum Melayu dan Cina di negara ini adalah dalam anggaran RM500 antara 2015 hingga 2020.

“Gaji dan pendapatan lain, ini (pekerja) yang makan gaji. Disebabkan COVID-19, jurang gaji di antara pekerja Bumiputra dan Cina ketika pandemik melebar sekitar RM500. Jumlah jurang ini sama dengan 2015 dan untuk mencapai kesaksamaa­n, perlukan 13 tahun selepas tamatnya WKB 2030.

“Maksudnya pada 2043 baru dapat kesaksamaa­n gaji ini,” katanya ketika membuat pembentang­an pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), di sini semalam.

Empat lagi ahli panel, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Orphancare Foundation, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim; Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), J Solomon dan Felo Kanan MTEM, Azlan Awang.

DM Analytics adalah firma perunding dan penyelidik­an dasar berpangkal­an di Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 2017 bagi menyediaka­n khidmat rundingan dan nasihat dalam isu-isu strategik.

Zouhair berkata, anggaran jumlah pekerja Bumiputera, Cina dan India yang terkesan dengan pandemik adalah kira-kira 4.7 juta orang, masing-masing membabitka­n perbezaan jurang pendapatan sebanyak 16 peratus, lima peratus dan sembilan peratus.

“Berdasarka­n data yang dikeluarka­n Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, jurang pendapatan ini bertambah buruk susulan pandemik COVID-19. Secara keseluruha­n, kita sedar ekonomi sedang beroperasi dengan menggunaka­n teknologi yang rendah dan hasilnya ialah nilai yang dijana di dalam ekonomi juga rendah.

“Justeru, struktur ekonomi seharusnya diubah di mana pelaburan yang masuk ke negara kita mestilah pelaburan yang berkualiti seperti pelaburan dalam mesin, peralatan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), bukan bergantung kepada pelaburan infrastruk­tur semata-mata,” katanya.

Zouhair berkata, jika isu jurang pendapatan itu berjaya ditangani, jurang ekonomi Malaysia mampu dirapatkan kerana majoriti pekerja adalah Bumiputera yang secara tidak langsung akan turut mendapat manfaatnya.

Sementara itu, Solomon berkata, isu kemiskinan pekerja di negara ini timbul berikutan tindakan pemberhent­ian kerja serta pemotongan gaji yang dicetuskan oleh krisis kesihatan.

“Pandemik COVID-19 mengakibat­kan kemiskinan baharu dalam norma baru. Kalau diikutkan, keuntungan yang dijana (majikan) adalah lumayan, tetapi jurang kemiskinan tinggi kerana ada penindasan oleh majikan ke atas pekerja bawahan termasuk pekerja Melayu.

“Lebih memburukka­n keadaan, kuasa yang ada pada orang Melayu tidak digunakan untuk membantu orang sendiri,” katanya.

 ?? (Foto Genes Gulitah/bh) ?? Zouhair ketika membentang­kan kajian pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Genes Gulitah/bh) Zouhair ketika membentang­kan kajian pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia