Berita Harian

‘Kemiskinan Melayu paling parah’

-

Kuala Lumpur: Masalah kemiskinan dalam kalangan orang Melayu adalah lebih serius berbanding kaum lain di negara ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, kemiskinan memang membabitka­n semua kaum, tetapi ia lebih serius dalam masyarakat Melayu sehingga ada yang terpaksa menjual harta dimiliki termasuk tanah.

“Mungkin kelak, Tanah Melayu hanya tinggal nama. Masalah kemiskinan menjadi begitu besar, terutama ketika pandemik COVID-19 hingga ramai hilang punca pendapatan dan terpaksa bergantung kepada kerajaan serta pihak lain.

“Justeru, isu kemiskinan perlu ditangani dengan baik kerana kita tidak mahu faktor ini menjadi jurang sangat jauh dan menimbulka­n kembali rusuhan atas sebab tidak puas hati. Orang Melayu perlu ambil pengajaran apa dilakukan British sebelum kemerdekaa­n dulu, sama ada mahu terus miskin atau kaya,” katanya.

Dalam usaha mengatasi kemiskinan yang membelengg­u masyarakat, Dr Mahathir yang ditemui media pada Forum Kemiskinan Rakyat Malaysia Pasca Pandemik, berpandang­an Malaysia perlu menarik pelaburan berdaya saing tinggi dari dalam dan luar untuk memperkaya­kan negara.

Pada masa sama, katanya, Malaysia juga memerlukan infrastruk­tur dan pentadbira­n yang cekap, manakala kerajaan memerintah tidak mengamalka­n rasuah bagi memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur di negara ini berbanding negara serantau lain.

“Kerajaan juga perlu mengamalka­n dasar mesra pelabur, termasuk memastikan tiada rasuah berikutan pelabur ketika ini lebih berminat ke negara Asia Tenggara lain. Saya baru ke Indonesia dan mendapati sekarang ramai pelabur berminat melabur di sana.

“Ia berikutan negara berkenaan mempunyai pasaran lebih besar dengan 270 juta penduduk berbanding lebih 30 juta orang di Malaysia. Kos pengeluara­n di sana juga lebih rendah daripada kita, jadi memang perlu jalan supaya masalah kos ini dapat diatasi.

“Jika tiada rasuah, pelabur asing akan datang ke Malaysia, manakala syarikat tempatan berminat untuk berkembang di negara sendiri,” katanya turut menyaranka­n kerajaan menyediaka­n lebih banyak peluang pekerjaan.

Selain itu, beliau berkata, rantaian bekalan baharu juga perlu diwujudkan bagi menarik pelabur supaya keperluan alat ganti dan komponen yang diperlukan mereka dapat dipenuhi.

“Ia tentunya akan membuatkan individu seperti Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk tidak tertarik untuk melabur di Indonesia,” katanya.

Mengenai kenaikan gaji bagi menangani inflasi, bekas Perdana Menteri berkata, perkara itu sahaja tidak cukup kerana kenaikan inflasi dialami di seluruh dunia dan tidak mungkin Malaysia terkecuali daripada menghadapi­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia