Berita Harian

Jentera UMNO, BN perlu siap siaga lebih awal hadapi PRU-15

Tempoh setahun bukan jangka masa lama, elak kerja saat akhir

- Oleh Roselanab Malek bhnews@bh.com.my

Bera: Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu bersiap siaga lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan mengelak daripada bekerja pada saat akhir.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana tempoh kira-kira setahun sehingga tarikh tamat mandat PRU-14 berakhir pada Julai tahun depan bukanlah suatu jangka masa yang lama.

“Tempoh setahun tidak lama bagi parti politik menghadapi pilihan raya. Sebab itu kita kena bersedia sentiasa.

“Itu kalau paling lewat setahun (sehingga mandat PRU-14 tamat) dan jika pilihan raya mungkin diadakan lebih awal daripada tarikh akhir penggal (tempohnya akan jadi lebih singkat).

“Sebab itulah saya minta di (Parlimen) Bera ini, semua jentera tak kira UMNO, BN perlu sentiasa bersiap siaga, kerana akhirnya pilihan raya akan tiba juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, semalam.

Khamis lalu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG),

Ismail Sabri ketika mengadakan perjumpaan khas dengan petugas Jalinan Rakyat (JR) Wanita di Bera, semalam.

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapa­t tarikh sesuai untuk diadakan PRU-15 ialah sehingga habis penggal iaitu hujung Julai 2023.

Bagaimanap­un, bekas Perdana Menteri itu berkata, BN dilihat mahu mengambil peluang terhadap parti lawan membabitka­n tarikh PRU-15.

Mengulas mengenai perjumpaan bersama petugas JR, Ismail berkata yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, beliau bangga dengan usaha membabitka­n pergerakan Wanita daripada UMNO, MCA dan MIC dalam melakukan kajian sikap pengundi di kawasan berkenaan.

Bagaimanap­un, beliau enggan mengesahka­n perjumpaan terbabit sebagai tanda bahawa PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat.

“Soal bila pilihan raya, saya dah beritahu jangan tanya, tapi perlu bersedia dan bersiap siaga.

“Saya dah kata, biasanya dari dulu pun tidak pernah kita berbincang di khalayak tentang tarikh pilihan raya, jadi tunggulah,” katanya.

Sebelum ini, Ismail Sabri melalui temubual eksklusif bersama akhbar Nikkei berpangkal­an di Jepun berpendapa­t sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan PRU-15 ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.

Beliau berkata, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup antara sebab beliau memerlukan masa di sebalik spekulasi kuat PRU-15 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.

Sementara itu, Perdana Menteri ketika ditanya mengenai Akta Pendanaan Politik, beliau berkata, perkara itu sedang dalam kajian awal dan melalui prosedur ditetapkan sebelum dibahas dan diluluskan.

Katanya, pada masa ini Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri sudah diminta membuat kajian terperinci mengenai perkara itu.

“Daripada segi prosedur, Jabatan Peguam Negara akan membuat draf dari segi undangunda­ng dan serahkan kepada Kabinet melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undangunda­ng), mereka kena bentangkan kepada Kabinet, selepas Kabinet luluskan baru dibentangk­an dalam Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan,” katanya.

 ?? (Foto Farizul Hafiz Awang/bh) ??
(Foto Farizul Hafiz Awang/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia