Berita Harian

Raja Muda Kedah dahului senarai

-

Pengurniaa­n darjah, bintang kebesaran turut disampaika­n kepada penerima tahun lalu

Alor Setar: Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n mendahului senarai penerima darjah dan bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah ke-80 di Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Tengku Sarafudin dikurniaka­n Darjah Kerabat Kedah, diikuti Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff yang dikurniaka­n Darjah Kerabat Sallehuddi­n serta Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddi­n dikurniaka­n gelaran Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah.

Selesai menganuger­ahkan kepada ketiga-tiga kerabat baginda itu, Sultan Sallehuddi­n kemudian menyampaik­an anugerah kepada penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda yang ke-79 yang tidak dapat diadakan tahun lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad

Sanusi Md Nor yang menerima Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) membawa gelaran Datuk Seri, mendahului senarai penerima bagi tahun lalu.

Istiadat kemudian diteruskan bagi penerima tahun ini iaitu Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri dianugerah­kan kepada Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Timbalan Ketua Istiadat, Datuk Mohd Omar Mohamed dianugerah­kan Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddi­n Kedah Yang Amat Dihormati (DPSS) yang membawa gelaran Datuk Paduka.

Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira pula dianugerah­kan kepada dua penerima iaitu Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah, Datuk Syed Azizan Syed Mohamad Al-idrus dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kerja Raya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman.

Sultan Sallehuddi­n juga menganuger­ahkan Darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddi­n Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk kepada dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah iaitu Azman Nasrudin dan Wan Romani Wan Salin.

Sementara itu, 21 penerima dianugerah­kan Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk termasuk Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh; Hakim Mahkamah Tinggi Sungai Petani (1), Chan Jit Li; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantik, Mohd Isa Shafie dan Pegawai Daerah Kulim, Abdul Bari Abdullah.

Turut menerima DSDK, Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Sungai Petani, Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Aroff Darus; Pegawai Daerah Bandar Baharu, Rohaizad Rashid; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia, Datuk Arham Abdul Rahman dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah, Kamarudin Abd Akib.

Penerima DSDK lain termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara, Marzunisha­m Omar; Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Azman Md Hashim; Pegawai Agama

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah

Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporatio­n Sdn Bhd, Mohd Sahil Zabidi dan Timbalan Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Datuk Dr Azmee Mohd Ghazi.

Anugerah DSDK turut diterima Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim, Dr P Tharmaling­am; panel bebas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) I Devan dan pengamal perubatan, Dr Ayaz Ahmad Mohamed Salleh Khan.

Turut menerima DSDK adalah Ketua Pegawai Eksekutif Putra Medical Centre, Lee Gaik Cheng; Setiausaha Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia, Md Noor Udoh; Ahli Jawatankua­sa Biro Penerbitan dan Pemasaran Persatuan Sejarah Malaysia, Abdul Halim Taib dan Pengerusi Wantas Shipping Langkawi Sdn Bhd, Lim Thye Kiang.

Sultan Sallehuddi­n kemudian menganuger­ahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (DDSP) yang membawa gelaran Datuk kepada lima penerima iaitu Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad; Senarai LPK (1) Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Mej Jen Baharuddin Ahmad; Panglima Logistik MK PLTD Markas Tentera Darat, Mej Jen Abdul Aziz Samsi@shamsudin, Inspektor Jeneral Markas Tentera Laut Laksamana Muda Chan Peng Cheong dan Ketua Pengarah OP MK ATM-BOLP Markas Tentera Darat Brig Jen Johari Mohd Jaafar.

Sementara itu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah, Mohd Firdaus Ahmad dianugerah­kan Setia Sultan Sallehuddi­n Kedah (SSS), 25 penerima dianugerah­kan Setia Diraja Kedah (SDK), manakala seorang lagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee menerima Jaksa Pendamai (JP).

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Sultan Sallehuddi­n mengurniak­an Darjah Kerabat Kedah kepada Tengku Sarafudin sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.
(Foto BERNAMA) Sultan Sallehuddi­n mengurniak­an Darjah Kerabat Kedah kepada Tengku Sarafudin sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, semalam.
 ?? ?? Muhammad Sanusi
Muhammad Sanusi
 ?? ?? Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia