Berita Harian

Teknologi pertanian pintar jamin sekuriti makanan

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my

Inisiatif terbaik pastikan kelangsung­an bekalan negara

Kuala Kangsar: Teknologi terkini dalam sektor pertanian dilihat sebagai jalan terbaik memastikan kelangsung­an bekalan makanan di negara ini terjamin melalui impak pengeluara­n makanan yang lebih besar, meningkatk­an pendapatan petani, penggunaan sumber dan input pertanian lebih cekap.

Justeru penubuhan pusat yang berfungsi sebagai model perniagaan dan rujukan pemasaran hasil pertanian berteknolo­gi adalah perlu kerana ia bukan sahaja berperanan sebagai pusat pengumpula­n hasil pertanian, tetapi juga memberi galakan kepada masyarakat untuk bercucuk tanam seterusnya berupaya memasarkan­nya.

Mengambil iktibar ini, Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n) Manong, di sini diwujudkan, sekali gus memberi peluang dan pendedahan kepada golongan belia mengenai teknologi terkini sektor pertanian.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong di atas tanah berkeluasa­n 1.6 hektar itu sudah melalui proses naik taraf sebagai model perniagaan dan pusat rujukan pemasaran hasil pertanian berteknolo­gi.

Beliau berkata, ia adalah yang pertama seumpamany­a di Perak dan pembanguna­n pusat itu, sekali gus adalah manifestas­i kerajaan mengoptimu­mkan penggunaan tanah terbiar dan tidak dibangunka­n milik kerajaan Persekutua­n serta tanah Rizab Melayu yang disewakan bagi projek pertanian atau perniagaan.

Katanya, komponen di dalam pusat pemasaran berkenaan merangkumi Pusat Rujukan Pemasaran Hasil Pertanian Berteknolo­gi yang berperanan sebagai pusat latihan bagi pertanian pintar berkonsepk­an akuaponik dan vertical farming, serta projek pertanian fertigasi yang kini sudah dimulakan.

Katanya, 23 usahawan yang sebelum ini berniaga di tepi jalan dan rumah persendiri­an juga dikumpulka­n di pusat pemasaran terbabit dengan memperoleh manfaat peningkata­n pendapatan sebanyak 20 peratus.

Ronald berkata, kebersamaa­n Kementerai­an Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkaitan teknologi baharu untuk pengaplika­sian dalam penghasila­n produk pertanian dan agromakana­n, termasuk internet pelbagai benda (IOT) dan kecerdasan buatan (AI) diperlukan bagi memperkuku­h sekuriti makanan negara.

“Melaluinya pengeluara­n sayuran dan buah-buahan bahkan ternakan ikan masih dibuat melalui pendekatan teknologi terbaik walaupun ada ruang tanah yang kecil.

“Kita yakin untuk bergerak ke pertanian moden menerusi sinergi antara kedua-dua kementeria­n selain pembabitan kerajaan negeri dan pihak swasta, secara tidak langsung mengurangk­an kebergantu­ngan kepada bekalan import.

“Tentu sekali, ia juga memerlukan pembabitan pihak swasta bagi membangunk­an industri pertanian agromakana­n kepada satu tahap lebih tinggi termasuk kajian yang sentiasa dibuat berkaitan teknologi yang ada ke arah pertanian lebih moden,” katanya ketika membuat lawatan kerja ke pusat itu, kelmarin.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid dan Ketua Pengarah FAMA, Datuk Zainal Abidin Yang Razalli.

Sementara itu, Zainal Abidin berkata, sebagai rekod, kaedah berkenaan yang hanya memerlukan dua tenaga kerja memberi pulangan sehingga RM90,000 pada suatu tempoh dengan pengeluara­n dua komoditi iaitu sayuran berdaun organik sebanyak 3.3 tan metrik dan ikan tilapia sebanyak 4,000 ekor.

Katanya, pusat pemasaran Agromakana­n FAMA Manong dilengkapi pelbagai fasiliti, termasuk pusat latihan, pusat jualan dan pemboronga­n, tapak pertanian, kafeteria dan medan penjaja iaitu Medan Gerai Buah-buahan Segar (GBBS), serta pertanian pintar.

Dalam perkembang­an berkaitan Zainal Abidin berkata, tiga lagi Pasar Tani Kekal (PTK) akan dibina oleh FAMA membabitka­n kos kira-kira RM12 juta untuk tahun ini yang akan bermula Ogos depan iaitu di Cameron Highlands, Putrajaya dan Kuala Lipis, Pahang.

Katanya, sehingga kini terdapat 40 PTK di seluruh negara yang mana lima daripadany­a sedang dalam pembinaan, termasuk PTK Kuala Kangsar yang dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2023, selain di Kampung Gajah, Perak; FELDA Palong, Negeri Sembilan; Kuala Krai, Kelantan dan Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Beliau berkata, untuk PTK Kuala Kangsar, projek bernilai RM4 juta itu adalah transforma­si pasar awam sebagai pusat sehenti dengan pengurusan lebih sistematik melalui penyediaan 116 lot baharu yang dijangka akan meningkatk­an pendapatan dan nilai jualan peserta sebanyak 30 peratus.

“Setakat ini terdapat 40 PTK di seluruh negara, termasuk lima yang masih dalam pembinaan dengan jumlah peruntukan keseluruha­n bagi penubuhan PTK adalah RM147.57 juta.

“Program ini (PTK) akan diteruskan sehingga akhir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) menerusi peruntukan yang sudah diberi,” katanya.

Beliau berkata, untuk tahun ini, jumlah kutipan jualan yang diperoleh setakat Mei lalu bagi kesemua PTK di negara ini ialah RM85 juta membabitka­n 2,000 peniaga dengan sasaran nilai jualan sehingga hujung tahun ini adalah kira-kira RM200 juta.

 ?? (Foto L Manimaran/bh) ?? Saarani bersama Ronald menyaksika­n demonstras­i teknologi pertanian yang digunakan ketika melawat Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong di Kuala Kangsar.
(Foto L Manimaran/bh) Saarani bersama Ronald menyaksika­n demonstras­i teknologi pertanian yang digunakan ketika melawat Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong di Kuala Kangsar.
 ?? ?? Saarani (tengah) bersama Ronald (kiri) melihat sayuran yang ditanam di Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong di Kuala Kangsar.
Saarani (tengah) bersama Ronald (kiri) melihat sayuran yang ditanam di Pusat Pemasaran Agromakana­n FAMA Manong di Kuala Kangsar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia