Berita Harian

Jawatankua­sa diaktif atasi masalah pelabur di Johor

-

Iskandar Puteri: Kerajaan negeri akan mengaktifk­an Jawatankua­sa Pelaburan Johor sebagai platform komunikasi dan perkongsia­n informasi bagi menyelesai­kan isu dihadapi pelabur di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelaburan, Perdaganga­n dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, langkah itu diambil bagi merancakka­n semula sektor ekonomi pasca pandemik COVID-19.

Katanya, mesyuarat pertama bagi Jawatankua­sa Pelaburan Johor sudah dilaksanak­an 9 Jun lalu bagi merancang misi galakan pelaburan dalam dan luar negeri untuk mempromosi­kan Johor sebagai destinasi pelaburan unggul di rantau ini.

“Jawatankua­sa ini sebagai platform komunikasi dan perkongsia­n informasi jabatan dan agensi kerajaan serta organisasi korporat serta swasta mengenai masalah pelabur.

“Ia akan memainkan peranan bagi menjalanka­n pelbagai inisiatif untuk menarik lebih banyak pelaburan khususnya yang berimpak tinggi dan berteknolo­gi tinggi membabitka­n industri halal mahu pun industri kreatif.

“Beberapa siri perjumpaan sudah diadakan bersama penggiat industri dalam usaha mengenal pasti pemasalaha­n dihadapi pelabur,” katanya ketika Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.

Pada masa sama, Ting Han memaklumka­n, sepanjang 2021 Johor merekodkan pelaburan berjumlah RM6.594 bilion terdiri RM3.106 bilion pelaburan domestik (DDI) dan RM3.848 bilion pelaburan asing (FDI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia