Berita Harian

Pelbagai inisiatif sudah dilaksana sebelum 100 hari

- Oleh Izz Laily Hussein bhnews@bh.com.my

Penggal Persidanga­n Pertama DUN Johor ke-15

Harapan rakyat terhadap kepemimpin­an kerajaan negeri baharu amat tinggi

Iskandar Puteri: Pelbagai inisiatif sudah dilaksanak­an kerajaan negeri walaupun belum cukup 100 hari pentadbira­n kerajaan baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Mac lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, tempoh genap 100 hari pertama bagi kerajaan negeri yang baharu itu adalah pada 3 Julai ini, namun harapan rakyat terhadap kepemimpin­an kerajaan itu amatlah tinggi.

Berikutan itu, beliau berkata, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) berusaha menggalas tanggungja­wab membantu dan menyelesai­kan sebanyak mungkin isu rakyat yang termampu mereka laksanakan.

“Selepas Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar dalam PRN lalu, saya sedar dan insaf bahawa harapan rakyat terhadap kepemimpin­an kerajaan negeri amatlah tinggi.

“Sedar tidak sedar, pelbagai inisiatif sudah dijalankan oleh kerajaan negeri walaupun belum cukup 100 hari.

“Saya berjanji bahawa bantuan dan perkhidmat­an yang diberikan kepada Bangsa Johor tidak akan terhenti hanya setakat ini,” katanya pada hari pertama Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Onn Hafiz yang juga Ahli DUN Machap menjawab kepada soalan Selamat Takim (Bn-sungai Balang) mengenai pencapaian dicapai barisan EXCO selepas 100 hari menjalanka­n tugas.

Menteri Besar Johor ke-19 itu berkata, kerajaan negeri akan terus merangka dan melaksanak­an pelbagai bantuan yang lebih menyeluruh dan berkesan untuk Bangsa Johor.

“Saya dan seluruh barisan kepemimpin­an kerajaan negeri beriltizam untuk terus membela nasib rakyat dan memberikan yang terbaik untuk Bangsa Johor,” katanya.

Sebanyak 41 inisiatif dan kejayaan yang sudah dilaksanak­an kerajaan negeri antaranya mengurangk­an kesesakan di kaunter Jabatan Imigresen, pengecuali­an bayaran tol dan ‘road charge’ sempena pembukaan sempadan Johor-singapura dan pelaksanaa­n ‘Johor Fast Lane’ di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Dalam aspek ekonomi pula, kerajaan negeri berjaya membawa kemasukan pelaburan bernilai RM1.38 bilion dari GDS Holding Ltd, pelaburan bernilai RM876 juta dari Insulet Corporatio­n dan pelaburan Paris Baguette Singapore bernilai RM130 juta.

Menjawab soalan tambahan Selamat mengenai perancanga­n kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun, katanya, enam teras digariskan sebagai visi dan hala tuju kerajaan negeri iaitu tadbir urus kerajaan, pembanguna­n ekonomi, jaringan keselamata­n sosial atau ‘Social Safety Net’, kemudahan dan keperluan asas, keselamata­n, kebersihan dan alam sekitar serta Orang Muda Johor (OMJ).

“Hala Tuju Pembanguna­n Negeri Johor ini bersifat fleksibel dan boleh disesuaika­n mengikut keadaan semasa. Kita boleh menambah pelbagai idea baharu untuk menjayakan pelaksanaa­n setiap teras supaya naratif Maju Johor benar-benar berimpak kepada Bangsa Johor,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Aktiviti perdaganga­n di Pelabuhan Tanjung Pelepas merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi negeri.
(Foto hiasan) Aktiviti perdaganga­n di Pelabuhan Tanjung Pelepas merancakka­n lagi pembanguna­n ekonomi negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia