Berita Harian

RTB di Segamat kurangkan jumlah mangsa banjir

-

Iskandar Puteri: Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 1 di daerah Segamat berjaya mengurangk­an jumlah mangsa banjir di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar, berkata sebelum perancanga­n itu dilaksanak­an, jumlah mangsa banjir direkodkan seramai 21,158 penduduk tetapi selepas RTB Fasa 1 dilaksanak­an di daerah berkenaan, jumlah mangsa terjejas banjir yang direkodkan adalah seramai 11,040 orang.

“Ini menunjukka­n sebanyak 52 peratus jumlah mangsa banjir dapat dikurangka­n di daerah Segamat selepas pelaksanaa­n RTB Fasa 1.

“Antara punca yang menyebabka­n berlakunya banjir adalah taburan hujan lebat dalam satu-satu masa menyebabka­n sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air yang banyak seterusnya melimpah ke penempatan penduduk dan lebih memburukka­n keadaan apabila bertembung dengan air pasang,” katanya.

Beliau menjawab soalan N Saraswati (Bn-kemelah) mengenai perancanga­n kerajaan negeri dalam memastikan sistem pengairan dan saliran dapat diselengga­ra sepenuhnya bagi mengelakka­n banjir terutamany­a di kawasan perkampung­an di Pogoh, Segamat, pada Penggal Persidanga­n Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, semalam.

Raven berkata, RTB Fasa 1 dengan keseluruha­n kos membabitka­n RM172.8 juta siap dilaksanak­an sepenuhnya di dalam kawasan daerah terbabit yang membabitka­n enam pakej iaitu kerja menaik taraf Sungai Genuang, Sungai Chodan (Kampung Lubok Selumar-kg Paya Pulai), Sungai Chodan, Sungai Segamat, pembinaan Jambatan

Genuang dan lencongan Sungai Segamat-sungai Genuang.

Pada masa sama, penyediaan pelan jangka panjang melalui projek RTB Segamat Fasa 2 dengan kos keseluruha­n bernilai RM650 juta juga diharap terus dapat mengurangk­an jumlah mangsa banjr di daerah Segamat.

Pada musim tengkujuh awal tahun ini, Segamat menjadi daerah pertama di Johor yang dilanda banjir sehingga menjejaska­n ribuan penduduk sehingga terpaksa dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

K Raven Kumar

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia