Berita Harian

Syor turun had umur penunggang p-hailing

-

Johor Bahru: Penurunan had umur penunggang khidmat p-hailing dan mewajibkan pemandu bas persiaran mempunyai lesen vokasional adalah antara cadangan pindaan dalam Akta Pengangkut­an Jalan 1987 (Akta 333) yang akan dibentangk­an Kementeria­n Pengangkut­an (MOT) di Parlimen.

Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata pindaan lain adalah memasukkan hak milik sementara bagi membolehka­n pengusaha perniagaan kenderaan terpakai (UCD) memiliki pemilikan kenderaan buat sementara sambil mencari pembeli baharu, sekali gus memastikan hak pengguna dilindungi.

Pindaan keempat pula, katanya, akan membolehka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) menggunaka­n peralatan atau sistem High Speed-weigh In Motion

(HS-WIM) untuk merekod berat kenderaan dengan lebih cekap dan tepat serta penguatkua­saan secara automatik tanpa kehadiran pegawai di lokasi.

“Keputusan kerajaan turunkan had umur penunggang motosikal membawa barangan, termasuk kenderaan p-hailing daripada 21 kepada 18 tahun dibuat hasil kajian dan penelitian dilakukan. Ia bagi membolehka­n golongan remaja dalam lingkungan usia itu terbabit sama dalam ekonomi gig negara,” katanya.

Bercakap demikian pada sidang media selepas pelepasan perkhidmat­an Tren Shuttle Tebrau di JB Sentral, di sini semalam, Ka Siong berkata, perkembang­an meluas ekonomi gig di negara ini menyebabka­n permintaan pekerjaan sektor berkenaan berkembang pantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia