Berita Harian

Kerjasama lindung hutan paya bakau

- Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

100,000 hektar benteng semula jadi hakisan boleh diancam kemusnahan bhnews@bh.com.my

Kuala Selangor: Hanya terdapat 520,000 hektar paya bakau yang menjadi ‘benteng semula jadi’ ancaman hakisan yang dilindungi, sama ada pada peringkat jabatan mahu pun kerajaan negeri ketika ini.

Timbalan Naib Canselor Pendidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Dr Wan Kamal Mujani berkata, terdapat 100,000 hektar kawasan paya bakau di seluruh negara ini yang tidak dilindungi dan boleh diancam kemusnahan.

Beliau berkata, ketika ini keseluruha­n keluasan hutan paya bakau dilaporkan kira-kira 620,000 hektar, sama ada dilindungi atau tidak.

Katanya, keluasan hutan paya bakau di negara ini dikatakan hanya tinggal kira-kira 50 peratus sejak negara mencapai kemerdekaa­n.

Justeru, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedia membantu mana-mana kerajaan negeri mencari kaedah bagi memulihara kira-kira 100,000 hutan paya bakau yang belum dilindungi di seluruh negara, selain meningkatk­an ekonomi masyarakat dan negeri.

“Pada masa sama, kita juga turut mempromosi­kan pembanguna­n lestari dengan mementingk­an tiga tunjang utama iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial menerusi kerjasama pelbagai pihak, termasuk sektor korporat dan swasta. Secara perlahanpe­rlahan, kita kekalkan keluasan yang ada dan melindungi apa yang tinggal,” katanya selepas majlis pelancaran Inisiatif Pemulihan Hutan Bakau Yayasan CIMB - UKM di Taman Alam Kuala Selangor, di sini, semalam.

Terdahulu, 700 anak pokok kayu bakau ditanam di kawasan berkenaan yang disertai kirakira 200 individu membabitka­n kakitangan, penyelidik serta sukarelawa­n

Antara kakitangan, penyelidik serta sukarelawa­n daripada Yayasan CIMB dan UKM menanam anak pokok kayu bakau di Taman Alam Kuala Selangor, semalam.

daripada Yayasan CIMB dan UKM.

Dr Wan Kamal berkata, pihaknya juga tidak menghalang sebarang projek pembanguna­n dan menganggap ia konsep yang salah.

“Tidak dinafikan, banyak pembanguna­n, terutama sektor pelanconga­n yang akan dilakukan terhadap kawasan pesisir pantai, termasuk hutan bakau.

“Apa yang penting, semua pihak harus berganding bahu dan berbincang adakah ia sesuai atau tidak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB Mohamed Rafe Mohamad Haneef berkata, program yang diadakan itu adalah yang pertama di bawah pemulihara­an dan kelestaria­n alam sekitar.

Beliau berkata, sebanyak RM380,000 diperuntuk­kan kepada UKM yang akan menjalanka­n kajian pembanguna­n di kawasan Taman Alam Kuala Selangor bagi penanaman anak pokok kayu bakau.

 ?? (Foto ihsan pembaca) ??
(Foto ihsan pembaca)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia